Tuesday, June 5, 2012

MUST BUY: NEW LG Cinema 3D Smart TV - LG LM 7600





Sapa suka tgk TV? Mesti TV kat rumah korang semua canggih-canggih. Korang guna TV apa? plasma? LCD? LED? Apa teknologi yg ada pada tv korang? what? smart TV? wahhhhh canggihnya.

Iswatie & Co masih lagi guna TV yang besar gedabak. yg dah berumur 8 tahun yang dibeli dari Harvey Norman. Until now x bertukar lagi TV even dipasaran terdapat banyak sangat pilihan dengan pelbagai teknologi.

Pada 23hb Mei 2012 yang lepas saya telah dijemput untuk hadir ke Majlis anjuran LG dan Nuffnang untuk melihat sendiri produk TV terbaru keluaran LG iaitu LG Cinema 3D Smart TV.

Disebabkan event tuh kami dah jatuh cinta dengan LG Cinema 3D Smart TV itew.
Kebetulan ada Harvey Norman Warehouse Sale trus Mr Hubby grab LG Cinema 3D Smart TV even this is not the latest model yang dikeluarkan tahun ini tahun 2012.



Jadi entry kali ini saya akan bercerita sedikit mengenai LG Cinema 3D Smart TV. Untuk tahun 2012 terdapat 3 model dalam kategori Cinema 3D( Cinema Screen( yang dikeluarkan oleh LG iaitu LM 9600, LM 7600 dan juga LM 6700.

Tetapi untuk entry ini, saya akan tumpukan pada model LG LM 7600. Model ini terdapat dari saiz 47 inci hingga ke 55 inci.
cantik tak? cantik kan.....

meh saya nak story mory sikit pasal Smart TV model LM 7600 nih.

Berikut adalah ciri-ciri menarik TV model ini iaitu:

1) Comfortable 3D glasses image ( Cermin mata 3D yang amat selesa dipakai)


Cermin mata LG CINEMA 3D adalah ringan, iaitu hanya seberat 16gm, tidak memerlukan bateri dan juga amat ekonomikal. Ianya membenarkan pengguna untuk melihat TV dengan selesa, mudah dan dapat melihat paparan TV dengan lebih jelas. Selain itu, dengan 1 saiz yang standard ianya boleh dipakai oleh pelbagai peringkat umur. Rekabentuk cermin mata LG ini adalah amat classic dan amat stail. Terdapat 5 warna yang menarik iaitu Putih, Hijau, Oren, Biru dan Hitam.


Semua cermin mata berwarna ini diletakkan i dalam party Pack.

So Iswatie & co pun x lepas peluang mencuba cermin mata 3D ini.

Mr Hubby memillih warna putih
manakala hani berumur 7 tahun memilih warna oren

Ichlas pula memilih warna biru


dan si kecik comei Hana memilih warna hijau...
cun kan?

2) CINEMA SCREEN Design
Model ini juga mempunyai rekabentuk skrin seperti anda menonton di panggung wayang. Seperti kita tahu cara terbaik untuk melihat filem 3D adalah di panggung wayang dimana di sana menggunakan skrin tanpa frame yang mahal tanpa gangguan. Begitu juga dgn model LM 6700 ini, skrinnya adalah direkabentuk seperti di panggung wayang dimana ianya memberi pengalaman kepada penonton untuk menonton filem kesukaan tanpa sebarang gangguan frame yang tebal dan akan terasa seperti menonton di panggung wayang.

Selain itu, teknologi terbaru ini membenarkan bezel hilang sepenuhnya apabila anda menutup TV.

3) 2D to 3D Conversion

Dengan model LM7600 ini, anda tidak perlu risau mengenai isi kandungan cerita/filem yang anda tonton pada TV ini. Ini kerana model ini membolehkan kita menukarkan filem/ cerita dalam bentuk 2D ke bentuk 3D. LG telah mempertingkatkan teknologi pertukaran ini dengan lebih banyak effects dan kehalusan output skrin.



4) Dual Play

haaaaa..yg nih ciri yang paling BEST! ..model TV ini amat sesuai untuk anda-anda diluar sana yang suka sgttt main game kat TV. Model LG ini membenarkan 2 orang bermain game pada masa yang sama tanpa perlu membahagikan skrin kepada 2 bahagian.





Apabila anda membeli TV model ini, anda akan dibekalkan dengan sepasang cermin mata 3D khas untuk tujuan ini dimana ianya dikhaskan untuk pemain 1 dan pemain 2.

  


 Setiap pemain akan mendapat paparan yang berbeza. Ini akan membuatkan anda dan teman anda bermain dalam suasana skrin penuh.


Sekiranya pengguna tidak menggunakan cermin mata dual player ini, berikut adalah paparan skrin

dibawah adalah paparan skrin dari cermin mata pemain 1
manakala dibawah adalah paparan skrin dari cermin mata pemain 2


5) Home Dashboard

Model LG LM 7600 ini juga dibekalkan dengan HOME DASHBOARD dimana ia adalah paling mudah, ringkas dan antaramuka penggunanya yang dipertingkatkan.

Home dashboard yang baru ini telah dipertingkatkan dengan rekabentuk yang lebih tertarik, lebih mudah digunakan dan lebih ruang untuk anda mempelbagaikan fungsi TV Pintar anda.


Jadual dibawah ialah harga bagi model-model tersebut.

Category
Series
Inch
RCP (RM)
Cinema 3D
(Cinema Screen)
LM9600
55
RM17,999
LM7600
55
RM12,999
47
RM7,999
LM6700
55
RM10,999
47
RM5,999
42
RM4,499
so apa lagik pi pecahkan tabung ayam tuk beli model pilihan hati.

Sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut sebelum nak pi booking tv nih kat Harvey Norman ka atau Seng Heng ka anda boleh lawati laman web LG http://www.lg.com/my untuk mendapatkan spefikasi lengkap model LM 7600 ini ataupun model-model yang lain.

One Happy Family with LG - Life's Good

korang bila lagik?

so apa lagik? sila share kat fbb n twitter pasai TV nih......like FB pun ok..

mari ramai2 kita guna LG Cinema 3D Smart TV. Gerenti puas hati

2 comments:

  1. Re:

    zaila- baru nak beli tv baru.....dah 8 tahun pakai tv gedabak......

    ReplyDelete

ur comment?

2013 Copyright © iswatie.blogspot.com. Designed by Rekaneka.com.