Pages

Friday, January 25, 2019

APA ITU PROTEIN?

APA ITU PROTEIN?

Protein terdapat di seluruh tubuh dan ia sebahagian daripada setiap sel dalam tubuh anda. Pembinaan tisu merupakan fungsi utama protein. Protein merupakan komponen struktur utama semua sel: kulit, rambut, kuku dan tulang. Ia bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda menghasilkan enzim yang penting untuk fungsi tubuh, dari pencernaan hingga pembiakan. Protein penting dalam penghasilan neurotransmiter yang mempengaruhi otak dan tubuh anda. Protein juga salah satu bahan asas yang diperlukan oleh sistem imun.

Tubuh manusia mengandungi lebih daripada 100,000 protein yang berbeza. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan protein, ia mesti diambil setiap hari dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengganti protein yang hilang setiap hari. 

Protein boleh didapati dalam daging, ikan, telur, ayam itik dan produk tenusu dan semuanya merupakan sumber protein lengkap yang membekalkan semua asid amino perlu. Protein juga boleh didapati dalam sayur-sayuran, kekacang dan biji-bijian yang dikelaskan sebagai protein tak lengkap yang tidak mengandungi semua asid amino perlu.

Untuk pembelian:
http://www.wasap.my/0193229737

Sumber: NUTRILITE

Monday, August 27, 2018

PERMOHONAN KE SBP 2019 DIBUKA.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,


PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH(SBP) BAGI TAHUN 2019 DIBUKA HARI INI!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 SEPTEMBER 2018



Untuk memohon,  sila klik PERMOHONAN. Perlu masukkan no. angka giliran calon upsr 2019.




Masukkan No. Angka Giliran. 




Selepas itu akan ada 4 bahagian yg perlu dilengkapkan iaitu:
1) Maklumat Diri
2) Maklumat Kepimpinan/Kokurikulum
3) Maklumat Ibubapa
4) Maklumat Alamat Surat Menyurat

Seteleh ini semua, JGN LUPA UNTUK CETAK DAN SAVE. 

Maklumat permohonan boleh dikemaskini dari masa ke semasa sehingga 30 SEPTEMBER 2018.

Setiap kali kemaskini, jgn lupa cetak dan save. Salinan permohonan nanti kita perlu bg pada pihak sekolah dan lain2 lagi kegunaan. 


Selamat memohon.

Doakan anak sy Ichlas Iskandar Bin Iswandi mendapat SMS BANTING.

Tuesday, January 23, 2018

CONTOH SURAT RAYUAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 MRSM

Semalam kecoh berkaitan dengan Keputusan Permohonan ke Tingkatan 1 MRSM bagi tahun 2018.

Kepada ibubapa yang anak mereka Berjaya ditawarkan ke MRSM, ucapan Tahniah diucapkan. Boleh dah print surat tawaran dan membuat persiapan untuk mendaftar di MRSM pada 5 Februari nanti.

Bagi yang tidak Berjaya, jangan bersedih. Masih ada peluang bilamana terdapat juga calon yang telah mendaftar di SBP tetapi masih juga ditawarkan ke MRSM. Ada yang menolak tawaran untuk memeri laluan kepada calon lain.

Peluang untuk membuat rayuan hendaklah di rebut. Rayuan boleh dibuat online melalui system yang sama untuk keputusan tawaran. If x ada butang rayuan pun jangan risau, tuan/puan boleh membuat rayuan secara manual/bertulis.

Bagi yang boleh membuat rayuan online, saya lampirkan contoh surat rayuan yang boleh dimasukkan di dalam system rayuan online dan buat xtra work sikit hantar juga rayuan offline.

Siti Nurhaliza Taruddin
No Kad Pengenalan : XXXXXXXXX
Angka Giliran : XXXXXXXX
No 25, XXXXXX
Berjaya Park, Seksyen 25
40000 Shah Alam, Selangor.

Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah
Majlis Amanah Rakyat
Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 KUALA LUMPUR
Tuan,
RAYUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA BAGI SESI KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 TAHUN 2018
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.      Saya ingin membuat permohonan rayuan secara rasmi kepada pihak Tuan untuk mempertimbangkan permohonan kemasukan saya ke Maktab Rendah Sains Mara.
3.      Dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2017 yang lepas, saya telah mendapat keputusan XXXXX
4.      Antara faktor yang boleh dipertimbangkan untuk menyokong permohonan saya adalah seperti berikut:-
•       Saya amat berminat dalam bidang Sains, dan keputusan untuk matapelajaran tersebut sentiasa cemerlang (UPSR 2017 – Sains A).
•       Saya juga sentiasa bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum samaada diperingkat sekolah ataupun anjuran luar
•       Saya memilih MRSM sebagai tempat untuk menyambung pendidikan menengah saya kerana MRSM menawarkan kemudahan pembelajaran yang kondusif.
•       MRSM mempunyai tenaga pengajar yang terlatih dan juga cemerlang di dalam bidang akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.

Besarlah harapan saya jika sekiranya pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan  saya ini seterusnya memberi peluang kepada saya bagi menempatkan diri di MRSM. Segala pertimbangan daripada pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
…………………………………………
 Siti Nurhaliza Taruddin


SELAMAT BERJAYA!!!!!

2013 Copyright © iswatie.blogspot.com. Designed by Rekaneka.com.