Pages

Tuesday, June 26, 2012

Kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di buka pada Hari Sabtu


Alhamdulillah....surat yg ditunggu2 pun dah tiba.actually dah received errrr hujung bulan 5 or awai bulan 6 hr tuh kot...hip horray...dah terbayang mcm2 nak buat..those govt yg dapat surat nih akan suka coz bila dapat surat nih akan sibuk mengisi borang KWSP tuk keluarkan duit caruman sebelum ini. Yg govt carum diaorg ambik balik.


Tu pun selamat pi kolej hujung bulan 5 hari tuh coz nak ambik surat cover claim practical nih...kena pengarah sign...so jenguk la pigeon hole ..tara..surat keramat dah ada...


jadik dah ada surat nih. isi borang n bg pengarah sign n lp stuh pi submit kat KWSP.

Memandangkan saya budak practical so bukan sesenang hati nak mintak keluar dr pejabat tuk pi KWSP tuk submit form nih.

jadi nyer.......kita pergi hari sabtu..I loike......KWSP memahami pelanggan coz x semua boleh gi time waktu bekerja Monday to Friday kan...

Jadi sebagai org Shah Alam, sy pi la KWSP Shah Alam. Dekat sgt ngann rumah..naik LKSA tuh zass dah sampai.....

FYI, ada selected KWSP branch yg dibuka on Saturday but not every Saturday la.... Dia buka on Sabtu minggu ke 1 dan minggu ke 3. Waktu Operasi ialah 8.30pagi hingga 12.30petang.


moi pegi x la awal sgt..dlm 9 lebih...sampai2...waaaaaaaaaa heaven...x ramai nye org...boleh larik2 lagik..klau pi hari biasa hitam ja KWSP tuh ngan kepala orang...



ambik nombor n dok jap x sempat bontot panas..trus number naik...submit borang, cap jari kiri kanan...akak kerani senyum lebaq coz x tension... dia cakap..duit akan masuk ke dalam account dlm tempoh 3 minggu..ok...im no hal..janji duit masuk....toingggggggggggggg..

lps tuh trus tamat urusan n zass  balik ke rumah....n dlm tempoh seminggu duit pun masuk...x yah tunggu 3 minggu...mmg pantas KWSP..mmg good service. 

so kalu nak tau which branch yg buka on sabtu leh tgk kat website KWSP di http://www.kwsp.gov.my.


Thursday, June 21, 2012

Bagaimana Meningkatkan Pencapaian Akademik Anak?



Something good that i want to share n hope kita semua dapat amalkan. aminnn

Bagaimana Meningkatkan Pencapaian Akademik Anak?
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D







Semua ibu bapa mahukan anak-anak berjaya dalam pelajaran mereka.  Orang biasanya tidak tanya berapa duit kita tetapi mereka akan tanya apa keputusan yang diperolehi anak kita dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM.  Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan ia menjadi tajuk perbualan dikalangan jiran tetangga, sanak saudara dan rakan sejawat.  Tekanan inilah yang menyebabkan ramai ibu bapa cuba melakukan pelbagai usaha dalam membantu anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran.  Yang mampu, sanggup berbelanja besar menghantar anak-anak ke kelas tuisyen yang dikelolakan oleh guru-guru pakar.  Tekanan yang diterima dari masyarakat ini membuatkan ibu bapa ada ketikanya ‘memaksa’ anak-anak supaya cemerlang. 
Sebelum kita menekan anak-anak cuba semak diri kita dahulu.  Adakah kita telah memainkan peranan kita sebaiknya dalam membantu mereka merealisasikan kecemerlangan tersebut? 
Berikut adalah perkara yang perlu diteliti dan dipraktikkan:
Menyediakan keperluan asas seperti buku, peralatan, tempat belajar dll.
Kelengkapan yang cukup adalah penting dalam memastikan anak-anak dapat belajar dengan selesa.  Misalnya, pensil patah adalah suatu perkara yang remeh bagi kita tetapi ia besar bagi sesetengah anak terutamanya yang bersekolah rendah.  Tiada peralatan lengkap seperti alat geometri boleh membuatkan seorang anak malas untuk ke kelas dan hilang tumpuan serta minat belajar.  Buku yang tidak mencukupi boleh membuatkan anak memberi alasan untuk tidak belajar dan sesetengah mereka terpaksa berhadapan dengan kemarahan guru.  Pakaian atau beg koyak boleh membuatkan anak malu dengan rakan-rakan dan tidak gembira untuk ke sekolah.  Oleh itu sebagai ibu bapa, tengok-tengoklah keperluan asas untuk anak ke sekolah ini sentiasa, bukan sekadar diawal tahun sahaja.
Sediakan satu bilik atau satu ruangan untuk anak-anak belajar di rumah.  Pastikan ruangan ini selesa, tenang, nyaman dan jauh dari gangguan.  Pastikan juga cahaya mencukupi dan ubah suai tempat belajar ini dari masa ke semasa bagi mengekalkan motivasi diri anak dan mood belajar mereka.

Tidak ragu-ragu untuk disiplinkan anak
Pelajar cemerlang adalah pelajar yang berdisiplin.  Sebagai ibu bapa kita mestilah mampu mendisiplinkan anak-anak dirumah dari segi kekemasan bilik, pengurusan masa, pengurusan diri serta tingkah laku mereka.  Galakkan anak-anak mengemas biliknya sendiri meskipun ada pembantu rumah yang boleh melakukannya.  Pupuk sifat bertanggung jawab dan berdikari dalam diri anak.  Duduk dengan anak dan bicangkan jadual harian mereka.  Terangkan pada anak-anak betapa pentingnya mempunyai masa yang seimbang diantara belajar, beribadah, riadah, sosial, rehat, bersama keluarga dan sebagainya.  Jadual yang disediakan ini mestilah fleksibel sebab anak-anak bukannya robot yang boleh menepati waktu setiap hari.  Anak cemerlang adalah mereka yang ada peraturan sama ada di rumah atau di luar.  Adalah menjadi tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk mendisiplinkan mereka. 

Mengawasi dan menemani anak
Ibu bapa boleh meningkatkan komitmen belajar anak dan merangsang minat mereka dengan menemani anak ketika waktu belajar mereka.  Untuk anak-anak peringkat sekolah rendah, ibu bapa bolehlah mengajar mereka dan apabila anak-anak mula meningkat ke sekolah menengah secara beransur-ansur ibu bapa biarkan anak-anak berdikari.  Dengan cara ini tabiat belajar dalam masa yang ditetapkan menjadi kebiasaan dan mudah untuk kita terus mendorong minat serta kemahuan mereka.

Sabar dalam mengajar
Mengajar anak sendiri memerlukan kesabaran yang tinggi.  Ramai ibu bapa yang mudah hilang sabar lalu marah-marah dan meninggikan suara apabila mengajar anak-anak dalam pelajaran mereka.  Mereka geram kerana anak-anak mungkin tidak memberikan perhatian, lambat faham, cepat lupa dan sebagainya.  Perlu diingat, anak-anak bukan kita dan mereka tidak mungkin seperti kita.  Lagi dimarah lagi tertutup minda dan buntu fikiran mereka.  Mereka akan lebih takut untuk buat salah lalu tidak mahu mencuba.  Kalau mampu, ajarlah anak-anak strategi belajar, teknik mengingat, prinsip memori dan sebagainya.  Mudah-mudahkan pembelajaran mereka agar keyakinan diri mereka terbina sedikit demi sedikit. Ingat, kesabaran adalah kunci segalanya.

Selalu berbincang dengan guru kelas dan rapatkan diri dengan aktiviti PIBG serta sekolah
Kenali siapa guru anak-anak kita dan sering berbincang dengan guru tentang perkembangan mereka.  Dengan cara ini kita cepat tahu sama ada anak-anak beri tumpuan dalam kelasnya, siap kerja sekolahnya, masuk kelas pada waktunya dan sebagainya.  Apabila berpeluang tawarkan diri untuk melibatkan diri dalam PIBG dan aktiviti sekolah.  Dengan cara ini guru-guru tahu siapa kita dan mereka juga akan berikan perhatian yang lebih baik kepada anak-anak kita.  Malah kerapkali anak-anak kita, tanpa diminta, diberikan peluang untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti sekolah dan ini akan meningkatkan ‘self-esteem’ mereka.  Anak-anak juga akan lebih menjaga disiplin serta pelajaran mereka kerana mereka sedar bahawa perkembangan diri mereka cepat dimaklumkan oleh guru kepada ibu bapa.  Komitmen anak-anak secara langsung akan meningkat terhadap pelajaran mereka.

Ikuti perkembangan dan kemajuan anak di sekolah
Jangan tunggu hingga anak bawa pulang Buku Laporan Kemajuan baru mahu bertindak.  Kerana ketika itu sudah agak terlambat untuk bertindak.  Ibu bapa hendaklah mengikuti perkembangan dan kemajuan anak-anak setiap masa.  Pantau ujian bulanan mereka dan kenalpasti kelemahan yang ada.  Cari penyelesaian untuk mengatasi kelemahan tersebut seawal mungkin.  Kalau anak-anak perlu dituisyenkan maka hantarlah mereka ke kelas-kelas tuisyen untuk subjek-subjek tertentu yang mereka perlu dibantu.  Kalau anak-anak lemah dari segi sahsiah maka masukkanlah mereka ke program-program berbentuk motivasi.  Lambat bertindak akan mengakibatkan anak-anak tertinggal dalam pelajaran mereka.  Anak-anak mula rasakan yang diri mereka tiada kebolehan dan masa depan.  Pemikiran yang salah sebegini akan membuatkan mereka hilang minat dan malas untuk berusaha.  Akhirnya, mereka fikir buat apa belajar kalau sudah tahu diri akan gagal.  Mereka mulalah terpengaruh dengan rakan-rakan yang negatif dan terlibat dengan pelbagai gejala sosial.  

Kenali rakan-rakan anak dan ibu bapa mereka
Rakan-rakan adalah orang penting kepada anak-anak dan berpengaruh dalam menentukan identiti serta imej mereka.  Sekiranya mereka berkawan dengan orang yang rajin maka rajinlah mereka. Sekiranya mereka salah memilih kawan maka bermasalahlah nanti.  Sebagai ibu bapa prihatin hendaklah kita ambil tahu dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, dari mana mereka dapatkan wang untuk membeli sesuatu yang mungkin diluar kemampuan diri dan sebagainya.  Simpan nombor telefon kawan-kawan mereka dan rapatkan diri dengan ibu bapa mereka.  Apa salahnya sesekali diadakan perjumpaan antara ibu bapa agar semuanya dapat ambil berat akan perkembangan anak-anak.  Ia memudahkan kita menasihati bukan sahaja anak kita tetapi juga rakan-rakan mereka kelak.  Begitu juga dengan ibu bapa yang lain, mereka juga tidak akan segan silu untuk menegur dan menasihati anak kita.  Dengan cara ini anak kita dan rakan-rakannya tidak sewenang-wenangnya mengabaikan pelajaran hanya kerana utamakan pergaulan.

Sentiasa mengintai peluang yang boleh memajukan anak
Dalam kehidupan kita seharian terdapat pelbagai aktiviti, program, kursus serta peluang untuk memajukan anak-anak dalam pelajaran dan sahsiah mereka.  Ibu bapa cemerlang tidak kedekut dan sanggup mengeluarkan pelaburan untuk kebaikan anak-anak.  Kecemerlangan anak-anak dalam bidang yang tiada kaitan dalam pelajaran seperti aktiviti ko-kurikulum, sukan, persatuan dan sebagainya boleh menjadi perangsang untuk mereka cemerlang dalam bidang pelajaran. 
Disamping itu, program-program seperti kursus motivasi, kursus berkaitan dengan kemahiran belajar, kelas teknik menjawab peperiksaan dan lain-lain boleh menjadi faktor yang meningkatkan lagi pelajaran mereka.  Ini berdasarkan kepada pengalaman mereka yang telah megikuti program Motivasi Alihan Pelajar yang saya jalankan.  Ada diantara anak-anak mendapat lonjakan markah yang cukup ketara setelah mendapat bimbingan dan motivasi.

Jadikan budaya membaca sebagai suatu amalan
Masyarakat Malaysia terkenal sebagai masyarakat yang malas membaca lebih-lebih lagi apabila bahan bacaan tersebut berbentuk ilmiah.  Penyakit ini menular dari generasi ke generasi dan akhirnya lahirlah masyarakat yang tidak mantap ilmunya.  Sebagai ibu bapa, kita hendaklah menanam budaya membaca bermula di rumah.  Adakan masa tertentu untuk membaca seisi keluarga.  Bawa anak-anak ke perpustakaan dan ke kedai-kedai buku.  Minat membaca bermula dari ibu bapa sendiri.  Kalau ibu bapa tidak memulakan tabiat membaca ini maka usah letakkan kesalahan malas belajar itu atas anak semata-mata.  Kita bertanggung jawab sepenuhnya dalam hal ini kerana ibu bapalah acuan yang membentuk sikap dan tingkah laku anak-anak.

Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada anak dan hormati waktu belajar mereka
Adalah tidak adil apabila anak yang bersekolah dan ada peperiksaan dipaksa belajar sedangkan anggota keluarga yang lain melakukan aktiviti yang boleh mengganggu tumpuan dan emosi mereka.  Misalnya, anak-anak yang bersekolah disuruh masuk bilik dan belajar sedangkan ibu bapa asyik menonton televisyen, abang berinternet, kakak bergayut di telefon, adik kecil bising dengan mainannya.  Semua ini memberikan tekanan yang bukan sedikit kepada anak yang mahu belajar.  Mereka tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari keluarga.  Mulai hari ini adakan peraturan iaitu bila tiba waktu belajar maka tiada aktiviti lain selain daripada aktiviti keilmuan.  Ahli keluarga yang lain boleh gunakan waktu itu untuk membaca akhbar, majalah, buku dan sebagainya.  Kalau berinternet sekalipun, pastikan masa itu digunakan untuk mencari maklumat bukan untuk berhibur.  Adik kecil boleh gunakan masa tersebut untuk melukis dan mewarna.  Malah, ibu bapa boleh gunakan masa belajar ini untuk mengajar anak-anak jika mampu.  Dengan cara begini, anak-anak dapat rasakan bahawa semua keluarga mahu lihat mereka berjaya dan bersemangat untuk membuktikannya.  
 
Meletakkan harapan berdasarkan kemampuan diri anak
Tidak ada ibu bapa yang tidak mahu lihat anak mereka berjaya dan begitu juga kita.  Namun begitu, ibu bapa mestilah realistik dalam menentukan pencapaian anak-anak mereka.  Sekiranya harapan yang diletakkan itu terlalu tinggi hingga anak-anak rasakan mustahil untuk mencapainya maka mereka mula rasa tertekan.  Anak-anak mudah rasakan diri mereka tidak berguna apabila gagal mencapai impian ibu bapa lalu kecewa dan murung.  Keadaan bertambah parah apabila ibu bapa mula marah-marah setiap kali anak-anak gagal mendapat markah yang baik.  Kata-kata kesat dan sindiran-sindiran tajam mula dilemparkan kepada anak-anak seperti “sia-sia sahaja hantar tuisyen”, “hidup hanya menghabiskan beras sahaja .. “, “Itulah memang dasar anak pemalas!” dan macam-macam lagi.  Cuba renungkan sejenak, apa baiknya kita luahkan dan puaskan perasaan kita dengan cara begitu.  Adakah ia menjadikan anak kita lebih bijak?  Pastinya tidak.  Adakah ia akan mengubah cara anak kita belajar? Mungkin juga tidak.  Ia hanya akan melukakan lagi hati anak dan mencalar ‘self esteem’ mereka.  Oleh itu, bincanglah dengan anak-anak tentang sasaran dan matlamat mereka dan bantu mereka untuk capai matlamat tersebut.  Inilah yang terbaik sebab anak-anak merasakan sasaran yang diletakkan itu adalah sasaran mereka bukan sasaran ibu bapa.

Tidak merendah-rendahkan kebolehan anak di hadapan orang lain
Manusia mudah percaya apa yang dikatakan tentangnya lebih-lebih lagi kalau yang berkata itu mempunyai pengaruh atas dirinya.  Begitulah juga anak kita.  Kerap kali apabila ibu bapa bawa anak-anak mereka berjumpa saya tanpa berselindung lagi mereka terus menceritakan keburukan-keburukan dan kelemahan-kelemahan anak kepada saya di depan anak-anak mereka.  Misalnya, “anak saya ni malaslah”. “Anak saya ni kuat tengok TV dan tak boleh diharap, berkali-kali ditegur tapi macam tu juga”, dan macam-macam lagi.  Wajah anak tiba-tiba berubah.  Mereka mungkin ketika itu rasa malu, rendah diri, kecewa, marah dan sebagainya.  Lebih buruk lagi mereka percaya itulah mereka dan tiada apa yang boleh dibuat sebab mereka telah dilahirkan begitu.  Akibatnya, anak tidak akan bersungguh-sungguh berusaha dan mereka akan kekalkan sikap tersebut dan mengulangi tingkahlaku negatif kerana mereka percaya itulah diri mereka yang sebenar. 
Kesilapan sebegini dilakukan oleh ramai ibu bapa tanpa mereka sedari.  Jadi mulai hari ini, kalau mahu bincangkan masalah anak maka bincanglah tanpa kehadiran mereka.  Di depan mereka cuba suburkan kebaikan yang ada, fokus lebih kepada kelebihan mereka.  Sekiranya ada kelemahan dan keburukan yang mahu ditegur maka tegurlah secara berhikmah dan nasihatlah secara baik.  Kalau kesilapan anak-anak menyentuh soal peribadi mereka, tegurlah secara individu tanpa kehadiran sesiapa termasuk adik beradik yang lain.  Kalau kesilapan anak-anak menyentuh soal umum seperti masalah bilik tidak kemas, buang sampah merata-rata dan sebagainya maka tegurlah secara terang-terangan untuk memberi pengajaran kepada yang lain.  Tegur perbuatannya bukan orangnya.

Tidak membanding-bandingkan kebolehan
Ibu bapa perlu ingat bahawa kemampuan anak-anak adalah berbeza.  Tidak semua boleh berjaya dalam bidang akademik.  Ada yang dianugerahkan oleh Allah dengan kebolehan dan kemahiran lain seperti petah berpidato, pandai melukis, bijak bermain alat muzik dan mencipta lagu, mahir bertukang, dan sebagainya.  Oleh itu kenapa mesti dibandingkan pencapaian mereka?  Kalau adik dibandingkan dengan kakak dan abang, mereka rasakan seolah-olah ibu bapa tidak cukup sayangkan mereka.  Kalau perbandingan dibuat dengan rakan-rakan, mereka akan rasa rendah diri pula.  Oleh itu, membandingkan anak tidak membantu kecemerlangan mereka.  Adakah ini bermakna kita tidak boleh ambil kejayaan orang lain untuk diceritakan kepada anak-anak?  Tidak.. bukan begitu yang dimaksudkan.  Ibu bapa, lazimnya, menyebut kelebihan dan kejayaan orang lain kepada anak-anak hanya apabila marah, geram dan kecewa dengan tindakan dan tingkahlaku mereka.  Lain pada masa itu, kita lupa dan tidak ambil kisah.  Sebab itulah anak-anak menolak cara ibu bapa ini.  Oleh itu, apabila menegur kesilapan dan kegagalan anak, jangan sama sekali dibandingkan dengan sesiapa.  Cukup sekadar menegur dan menasihati perbuatan dan tingkah laku mereka.  Waktu lain, ketika tiada ketegangan emosi antara kita dan anak maka berceritalah tentang kejayaan orang lain serta bagaimana mereka capai kejayaan tersebut untuk anak jadikan panduan dan tauladan.  Saat sebegini adalah lebih mudah untuk anak menerimanya kerana mereka lebih terbuka.

Ganjari bukan sahaja hasilnya tapi juga usahanya
Manusia hanya berusaha tetapi Allahlah yang akan menentukan hasilnya.  Sekiranya ibu bapa faham erti kata-kata ini maka mereka tidak akan merasa kecewa, putus asa dan marah apabila anak-anak tidak mendapat 5A dalam UPSR atau 8A dalam PMR.  Ibu bapa tidak perlu bimbang tentang apa keputusan yang bakal diperolehi sebab itu urusan tuhan.  Yang perlu dibimbangkan adalah usaha anak.  Dorong anak-anak untuk melakukan yang terbaik dalam apa juga keadaan.  Nyatakan dengan jelas kepada mereka bahawa bagi kita keputusan bukan perkara utama tetapi yang penting kita mahu lihat mereka telah berusaha bersungguh-sungguh.  Sebagai bukti, kita berikan ganjaran terhadap usahanya dan bukan sekadar hasilnya.  Misalnya, kita berjanji untuk berikan ganjaran tertentu sekiranya anak dapat 8A dalam PMR mereka.  Namun begitu, sekiranya kita lihat anak memang telah berusaha tetapi sekadar dapat 4A 4B sahaja maka berilah juga ganjaran dalam bentuk atau amaun yang berbeza.  Sebagai contoh, kita berjanji dengan anak kalau dia dapat 8A dalam PMRnya maka setiap A kita berikan RM50 ringgit.  Sebaliknya kalau dia tidak dapat 8A, kita tetap berikan ganjaran tetapi kali ini setiap A Cuma dapat RM30 sahaja.

Sentiasa doakan kejayaan anak
Doakanlah kejayaan anak-anak sepanjang masa dan bukan hanya diwaktu musim peperiksaan sahaja.  Doa ibu bapa, terutamanya doa ibu biasanya makbul.  Elakkan dari mengeluarkan perkataan yang buruk terhadap anak kerana kata-kata kita itu merupakan satu doa.  Doakan anak kita setiap kali kita teringatkan mereka.  Misalnya ketika kita sibuk dipejabat tiba-tiba terdetik di hati apa agaknya anak sedang buat di rumah?  Ketika itu terus berdoa dalam hati dan insyaAllah sekiranya kerap dilakukan begitu akan ada yang makbul nanti.  Saya masih teringat waktu kecil dahulu bagaimana saya terdengar doa ibu.  Saya datang dari keluarga yang miskin dan  dibesarkan oleh seorang ibu tunggal.  Ibu saya biasanya turun awal pagi untuk mencari nafkah dan pulang lewat petang dan ada ketikanya malam.  Satu ketika, sedang saya tidur-tidur ayam terdengar ibu berdoa, “Ya Allah ya tuhanku.. aku mempunyai tiga anak lelaki, kalau tidak ketiga-tiganya berjaya maka berilah aku salah seorang dari mereka yang akan jadi penyelamat keluarga ini.”  Mendengar doa ibu ini hati saya menyambut, “Ya Allah ya tuhanku.. biarlah salah seorang dari penyelamat keluarga itu adalah aku”.  Kemana sahaja saya pergi dan apa sahaja saya lakukan selepas itu saya pasti terkenang doa ibu itu.  Ia menjadi pendorong dan juga benteng diri yang cukup berkesan dalam hidup saya.  Oleh itu, apabila berdoa untuk anak maka doalah dengan suara yang didengari dan difahami oleh mereka.  Seelok-eloknya ketika berjemaah bersama agar anak-anak aminkan doa kita untuk mereka itu.

Jaga Sumber Makanan
Kita adalah apa yang kita makan.  Oleh itu berikanlah makanan yang HALAL, lazat, berzat dan bersih untuk anak-anak kita.  Makanan akan menjadi darah daging mereka.  Sekiranya anak-anak diberi makan daripada sumber yang haram maka jangan salahkan mereka apabila mereka menjadi anak yang bermasalah, gelap hatinya, degil, malas dan sebagainya.  Ibu bapa cemerlang tidak akan mengambil mudah perkara sepenting ini.  Mulai hari semaklah sumber pendapatan kita dan pastikan ia diredhai dan diberkati Allah s.w.t.

Tidak berputus asa dalam mengharap rahmat dan pertolongan Allah.
Anak-anak adalah amanah Allah dan ujian untuk kita.  Oleh itu tidak perlu kita berputus asa apabila anak-anak gagal setelah kita melakukan sesuatu usaha untuk melihat mereka cemerlang.  Kalau satu usaha tidak berjaya carilah usaha yang lain.  Kalau satu pendekatan tidak berkesan maka ubahlah kepada pendekatan yang lain.  Tidak ada satu cara yang tepat dalam membantu anak-anak ke arah kecemerlangan.  Lain anak lain kemahuannya, lain penerimaanya dan lain kebolehannya.  Oleh itu pelbagaikan pendekatan keibubapaan sehingga kita dapat kenalpasti cara paling berkesan untuk setiap anak-anak kita.  Kalau rasa bantuan orang lain diperlukan maka jangan pula kedekut untuk keluarkan sedikit pelaburan memasukkan anak-anak ke program-program motivasi, khemah ibadah, kaunseling dan sebagainya.  Selagi hayat dikandung badan jangan sesekali berputus asa dalam mengharap rahmat Allah.  Apa juga yang datang ada hikmah dan kebaikan yang tersendiri serta ujian dari Allah untuk tingkatkan keimanan kita sebagai ibu bapa.

Perlu diingat, anak-anak perlu seimbang perkembangannya dari segi akademik, emosi, siasah dan kerohanian.  Pincang salah satu maka pincanglah masa depannya.  Dalam kita berhabis-habisan memastikan anak-anak cemerlang dalam akademik jangan pula kita lupa untuk memperuntukan masa, tenaga dan wang ringgit untuk membangunkan emosi, sahsiah dan rohani mereka.  Kalau kita malu apabila anak-anak gagal dalam pelajaran maka kita patut lebih malu kalau anak-anak tidak solat, kurang adab, tidak menghormati orang lain dan sebagainya.  

SEKIAN.


Resource  : http://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/keluarga/akademik.htm


Wednesday, June 20, 2012

Kuey Teow Goreng @ Doli Kuey Teow Goreng TTDI

kali nih nak bwk jln2 cari makan kat Doli Kuey Teow Goreng pulak... waktu pregnantkan bb Hana ada tgk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Time tuh dia tunjuk Doli Kuey Teow Goreng kat Taiping. Mcm best but x berani nak usulkan kat mr hubby..kang jenuh kwn nak drive pi Taiping. Selamat la Hana x meleleh ayaq liur coz mummy dia teringin Doli Kuey Teow Goreng nih. Lps tuh dia cakap ada branch kat TTDI atau dikenali dgn nama  Taman Tun.  Dah nama kerja kat sini kan.....so cuba la cari coz mcm x pernah nampak ja...... then tgk status kawan kat fb dia check in kat Doli TTDi lagik la percaya  mmg ada kat taman tun. 

Satu petang, nak pi kat kereta coz mr hubby parking keter jauh coz x ada parking..tetiba terpandang sign board Doli Keow Teow Goreng.....la kat sini kaaaaaaaaaaaaaa....ala dia dekat ngan kedai2 signature kitchen n naza showroom kat Taman Tun nih....memang dekat ngan office mr hubby.


so lunch me n mr hubby pi la sana...but before that mr hubby's staf dah cakap...biasa ja.x sesedap kat Taiping.....huwaaa yg taiping pun aku x pernah try lagik... 


see terselindungkan kedai dia.....dah la sign board warna brown..tenggelam..x menonjol...

kat sini dia nyer specialty is Keow Teow Goreng la. tapi ada bihun/mee goreng, sup, kuah and ada jugak Nasi Ayam.  Harga2  dia ada kat bwh nih



so....me n hubby order minuman. For me sirap bandung suam n mr hubby limau ais.
 Moi order keow teow goreng. RM6.00 sepinggan. Kalu yg special yer RM10.00. apa yg special is lebih udang, lebih n segala2 nyer lebih la...
 Mr hubby order nasi ayam
 model i yg kena paksa...support la sikit mummy blogger nih...
 tgk tuh x sedar pipi mcm kulum biji durian....suka hati nak pi jln2 cari makan....

rasa....alahai biasa ja..dah la sikit....x kenyang perut mak yg ala2 lori alam flora...kering ja keow teow goreng tuh......n nasi ayam  pun biasa ja..sikit gak...nasi ayam mak buat sdr lagi sedap tau....hahahahah

time tengahari....boleh la ada org..but x la perlu sampai q but  i told u the waiter yer service lambat daaaaaaaaa....x ada pengkelasan zon tuk ambik order customer..ada one man yg dok kat kami dah mengamuk coz org lain yg mai dulu dari dia dah dapat makanan..yg dia dok nganga x dapat apa2...


keluar dr dolo tuh trus ajak mr hubby pi 7 elaven tuk nak beli roti..buat bekalan lapaq kat opis....hahahahah mmg dasar mcm kerja kat bendang ja ko makan watie oiiiiiiii,..nasib la


Note: sapa nak RM10....sila teka berapa harga ? klik SINI nak tau details

Tuesday, June 19, 2012

Luahan hati seorang mummy hari ini

Sejak gi practical nih kami pi hantar kids gi KAFA ngan sekolah sama2.....setakat nih with ustaz n ustazah sekolah KAFA hani kami x ada masalah...communication is superb. nih disebabkan daddy jadi YDP n mummy jadi Setiausaha.

so semlm pagi hantar la Ichlas pi tadika kemas dia..then hantar sampai ke pintu kelas i tell u...then jenguk la his teachers. yg ada assistant teacher.... Tetiba dia cakap kat saya, maybe diaorg terpaksa tukarkan Ichlas dgn budak lain utk sketsa Hari Potensi hari Sabtu nanti. Dia cakap Ichlas mcm berkhayal n lupa script...aik takkan anak aku bau gam kot.......so ckp kat teacher...x per nanti sy akan practise ngan dia kat rumah even i tested ichlas before...dia dah hafal the scrips but dia mcm malas nak cakap..ala...x byk pun ayat..ada 3 ayat jer.......dia hafal ayat tuh cua nak kena betulkan intonasi ja.

trus masuk dlm keter n 1001 mix feeling. lil Frust and also muhasabah diri..oh my....im not good enough to educate my kids....huhuhuhu... Then trus letak status dlm Fb to express my feeling coz something i got new ideas n some motivation words frm my friends.







Kekadang i put some high expectation to  my kids...... then i tukar gears myself  nak ajar kids......byk actually nak ajar even nak monitor their school activities n learning.

Mcm Ichlas susah nak monitor since diaorg x ada exam.penilaian cikgu yg akan bg penilaian. plus nak communicate ngan teacher pun susah coz sometimes sms x berbalas..alasan x ada kredit..saya tau baper la sgt gaji cikgu kemas kan.......

but compared with Smart reader yg Ichlas attend before this, kat Smart Reader dia terpaksa belajar n teacher wil report to me via sms kalu ada hari yg ichlas out focus. No wonder Ichlas suka pi Kemas but rasanya kat sana diaorg lebih fun in learning. note sure learning+fun atau pun ada byk main.

 but tahun nih mmg phase Ichlas yg bila kita cakap x mkn saman. happenned to hani jugak last time bila hani aged 6 years mcm Ichlas skrg. dunt no why..maybe 6 yeears tuh tahun memberontak n nak ikut kepala diaorg ja kot...mummy x pandai becoz im not in kids education field.


however...i try best to my kids....but maybe no enough yet..to much of fb kot mummy n daddy. :P kekekekekeke

then kawan lama iaitu kwn time sek men pm me with this words. words yg i rasa lega sgt n bg harapan baru tuk mummy n AKAN disampaikan pada daddy



 Insyallah satu hari nak balik penang n nak jumpa my old friend nih..maybe we can share with her knowledge n also with my experience.. however her words n another friends bagi satu semangat baru.....dunt give up mummy wati..looong journey to go....maybe i shud try n learn another techniques....life with kids is learning process for me day by day...


GAMBATEE MUMMY WATIE & DADDY IS


Note: sapa nak RM10....sila teka berapa harga ? klik SINI nak tau details

Monday, June 18, 2012

Silibus KSSR Tahap 1 dari KPM





Tuk parents2 yg nak buat homeschooling tuk anak-anak mereka yang berada pada tahun 1 Sekolah Rendah Kebangsaan. Plus tuk parent syg nak prepare anak-anak2 mereka tuk masuk Tahun 1 tahun depan. Uols boleh download silibus KSSR Tahun 1. Sekurangnya as guidelines tuk kita semua nak prepare apa yg nak diajar pada anak-anak kita.

 KSSR Tahun 1






Silibus nih semua dari Kementerian Pelajarann Malaysia.

Nota kaki :  wish i have MOREEE time to do the revision with kids.

Projek Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Blogger

Hi semua....jom join seminar jom kurus untuk blogger secara percuma dengan kerjasana dari Kevin Zahri , Puanbeedotcom dan Prince Court Medical Centre.



http://kevinzahri.com/shop/product_images/p/250_jom_kurus__54030.png
  • Topik: Jom Kurus bersama Kevin Zahri (maklumat lanjut)
  • Tarikh: 8hb Julai 2012
  • Masa: 2-5pm
  • Lokasi: Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur
  • Speaker: Kevin Zahri
  • Bilangan Peserta: 40 sahaja
  • Penyertaan percuma , selain dari itu blogger yang hadir akan mendapat eBook percuma selepas sesi seminar.


1) kenapa anda ingin join seminar ini ?

nak tahu cara yang betul untuk kuruskan....x mo bergantung pada pil kurus jer,,bahaya ooooooo
  
2) kenapa rasanya ramai yang mengalami masalah berat badan berlebihan. (simple2 je )


mcm ibu-ibu nih sibuk dgn kerjaya, masak dan uruskan keluarga. jadi x ada masa nak pi gym ker apa....then kena mkn coz konon nak byk tenaga handlekan kids n rumah. besides, bila kids x habis makan kita la yg jd lori alam flora habiskan food...konsep sayangkan makan konon....last2 tgk bdn mcm belom....nasib la.....

IKEA FAMILY Card

Sapa yang sebelum nih ada card IKEA FRIEND?
sila angkat keyboard.

saya ada but x la buat credit card but card biasa ja....tuk nak collect point jer pun....bukannyer shopping semedang kat sana pun..beli brg yg haluih2 ja...x la sampai riban2.

baru2 nih dapat card IKEA FAMILY meggantikan kad IKEA FRIEND. so card yang baru nih lebih byk benefits compare sebelumnya where u can keep track ur point n bla2...

nih card yg lama n yg baru
apa itu card IKEA FAMILY?

sapa yang ada card ini akan dapat satu cup free coffee and discounted meals at IKEA restaurant. So anda boleh dapat diskaun utk pembelian certain2 brg2 ikea anda also boleh kumpul bonus point.

Antara benefits IKEA FAMILY:

  • Lifetime membership
  • Earn Bonus Points for store vouchers
  • Get 3x Bonus Points on your birthday month (from June 2012 onwards)
  • $ave with member prices on selected products
  • Enjoy free drinks and discounted FAMILY meals
  • Be invited to member-only events
  • Get inspired and first-hand information with 3 newsletters per year
Start 10June 2012, IKEA Malaysia dah start sent welcome pack.
so sapa yang dapat welcome pack boleh la activate card IKEA FAMILY. Plus dlm welcome pack tuh ada voucer discount 10% ..oklah la kan dr x ada discount

best oo boleh view berapa point kita n also boleh redeem point kita to IKEA Voucher. Jadik boleh keep on tracking our bonus point.x le tetiba terlepas expired. mcm i last year. huhuhuhuhuhu

jadik sapa2 yg dah dapat card IKEA FAMILY bolehlah active ur card at this LINK. Masukkan ur card/membership number and temporary password provided in ur welcome pack.


then you all boleh update personal data n kemudian activate ur card.

 

then ada menu leh check ur bonus point dan bila akan exoired. kemudian leh klik button redeem kalu nak tebus ur point.



apa yang uols boleh redeem is voucher ikea. every 500 point uols leh redeem RM5.00 voucher.
voucher uols boleh printout kat ikea..x yah nak tunggu dia pos kat rumah kita dahhhh
lps tuh leh la tracking ur transaction..mana tau ada hacker yg log in to ur account n redeem bonus point korang kan...

n last leh view ur ikea voucher.......n bila tarikh expired boleh la plan nak pi memborong kat ikea tuh.




skrg.....saya nak tanya mr hubby bila di aleh bwk sy pi ikea tuk beli periuk belanga yg dah kritikal dah kat rumah tuh....

Saturday, June 16, 2012

CUTI.my Look Alike Photo Contest


In conjunction Father's day, daddy entered Look Alike Photo Contest hosted by CUTI.my

 In order that need my blog readers to LIKE mr hubby n kids photo.


to LIKE , just link at this ------> LINK

picture yg dipertaruhkan frm Cyberphotog aka Moon 

2013 Copyright © iswatie.blogspot.com. Designed by Rekaneka.com.