Pages

Monday, January 31, 2011

Blueberry Muffin



Salam,

Hi all..im back dr teambuilding. Bestttttttttttttt sgt.
best jugak dapat jumpa hubby n anak2 tersayang.

Semalam genap 100 hari berpantang :P


Hari nih nak cerita pasai Blueberry Muffin that i've made waktu cuti 90hr hari tuh.
Resepi nih ambik dari majalah RASA digodek dr dalam stor. * semua buku simpan dlm kotak dlm stor coz x ada rak buku lagik kat rumah baru tuh*



Bahan-bahan:

250gm tepung kek
18gm serbuk penaik
150ml susu segar
125gm mentega
125gm gula
50gm jem blueberry
3 biji telur

Cara membuat:
1. Pukul mentega, guna dan telur sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan tepung kek dan serbuk penaik
3. Kacau sehingga sebati dan masukkan susu segar diikuti dengan separuh dr 50gm jem blueberry.
4. Kacau rata
5. Masukkan separuh didalam acuan. Piping blueberry dan tambah lagik adunan muffin. Picit blueberry diatas adunan.
6. Bakar pada suhu 200degree selama 17minit.


* Adunan nih dapat dlm 20 biji muffin. Sesuai tuk minum petang..Makan panas-panas..fuhhhh


Selamat mencuba!


Friday, January 28, 2011

Ke office teambuilding di Ayer Keroh, Melaka







Hari nih nanti petang akan ke Ayer Keroh bersama kawan2 sepejabat tuk Team Building.


Macam-macam perasaan ada.


Decided x bawak family coz Nak biasakan Hana kena tinggal in case nanti kena pi kursus. Logik tak alasan tuh?

Ikut hati nih nak ja usung but .....


kita tgk mcm mana..

Boleh tak Mr Hubby handle esp belah malam.

Stock susu x risau...mmg banyak dlm fridge. Even fresh punya pun ada.

Kita tgk Mr Hubby n Hana leh survive tak?

Kalu x, ada jugak Mr Hubby pecut tgh malam ke Ayer Keroh.


mesti rindu saat ini.


For me lak byk dok pk nih....


Bila nak pump?
Kat mana nak simpan?
Macam mana nak bawak balik?

mmmmmmmmmmmmmmmmm


apa2 saya sayang anak saya..







Thursday, January 27, 2011

Restoran Tupai-Tupai, Seksyen 13,Shah Alam



Sapa pernah makan kat restoran Tupai-tupai nih?

Sejak pindah ke rumah nih...malam Sabtu jer sibuk nak keluar pi late dinner or super kat luar....

Sebelum nih ada keluar pi supper kat Rasta, TTDI. Lama betul x gi...kalu dr Banting tuh x kuaser la nak gi...


Last week....mlm Sabtu jer dah pening x tau nak pi jln2 cari makan kat mana....
Since dah jadik org Shah Alam...nak cuba makan kat kedai2 makan sekitar Shah Alam.

Mula2 nak pi Pulau Indah but x tau port mana yg best....Tetiba huby terbaca status kawan dia..kawan2 dia dok tgh dinner kat Tupai-tupai Shah Alam. Trus google.

zass trus gi cari restoran tuh. Rupanya restoran tuh berhadapan dengan Service Apartment Acapella. Senang carik kedai nih



Kat sini kita leh order ala carte or leh try seafood buffet. Just RM25 jer tuk buffet tuh

Suasana lak...leh mkn kat kawasan berbumbung atau pun open air.
Mcm malam tuh kitaorg pi dok kat tempat open air. Sedikit panas coz that night x ada angin langsung. Makan pun pantas coz bawak bb Hana. Anak2 mak nih gelisah kalu pi tempat yang x ada aircond.


that night kitaorg order Ala Carte since i x leh nak makan seafood. Kang penuh lak rashes kat pipi Hana.

Kitaorg order byk jugak....punya melantak...
Kitaorg order Ikan Siakap masak Deep Fried Pepper Butter, Tomyam ayam, Daging goreng cili kering n telur dadar.

Price wise mahai la coz mcm kitaorg makan semua kena RM85 inggit but dari segi rasa mmg sedap la jugak.

Lepas nih nak try seafood buffet lak..


Mr Hubby yang pening kepala coz on Saturday tuh kitaorg spend RM200 tuk makan ja dr pagi sampai la ke malam.

Tengahari tuh me yang nak masuk kerja konon yer nak cari mood tuk masuk kerja telah melantak meatball, ayam n daim cake kat Ikea :P



Lepas nih x tau nak pi makan kat mana...

Sapa2 leh suggest ur fav restaurant or tempat lepak yg boleh lepak tgh2 malam on weekend yg selesa bawak family n kids?

Wednesday, January 26, 2011

Support System resume as schedule



Alhamdulillah...today im much better compared 1st & 2nd day i started my work back after 90days 'honeymoon'.


Semalam terdapat failure at my support system kat rumah. Mr Hubby n Dahlia still terkial-kial task diaorg on early morning esp Dahlia. She ruined my morning with telah hangitkan my Sambal tumis ikan that i've cooked at 6am and at time 7am dahlia baru dok tgh mandi. N while my hubby, i call dok mengadu damba...dia blur...trus mak mengaum...hahahahahaha





Yesterday jugak, im quite relief since adik Mr hubby yg habis SPM dah ada kat rumah kitaorg tuk monitor Dahlia. she's our CCTV. So x la aku dok pk how's Hana n kids kat rumah with Dahlia.

My Morning today started very well. Managed to prepared Mee Goreng tuk tapau bwk ke office. n 6.45am managed to bfeed Hana n main2 kejap ngan dia.



Waktu kelaur tadi Hana dok buat senaman n tgk tv


Hani & Ichals dok tido lagik


Sampai2 opis trus breakfast and baru pam susu



btw nak bercerita pasai stok susu bila masuk kerja

Sekarang fridge kat office pulak jadik mangsa. Fridge kat bahagian Admin. Kat bilik pensyarah ada jugak but penuh coz ramai gak pensyarah yg simpan EBM diaorg.
1st tgj fridge kotor..trus bersihkan.

nih stock hari Isnin lepas. Alhamdulillah...managed to get 30oz.

Moga dimurahkan rezeki tuk bb Hana.

Aminnnnnn

Monday, January 24, 2011

Blueberry CheeseTart



Gara2 penat 1st day bekerja....sampai sekarang x leh nak pejam mata even mata rasa nak terpejam n badan dah x larat nak buat apa...

Jadik.trus blogging la..dgn harapan lps tido la * aiyaaa..mornizawati sepatutnya pi buat sembahyang hajat ka kalu mata x leh nak tido*


Jadik terpanggil buat entry nih since Kak Zila mintak resepi.


Sedang panaskan enjin tuk berbaking since dah ada oven besaq. Baking project sblm nih tertangguh coz mengandungkan bb Hana.

Malam Ahad kira malam semlm la sempat buat la blueberry cheese tart nih sempena birthday Hana yang ke 3 bulan.. :P

Resepi ambik dari MamaFami. Dah lama teringin nak buat but amat la malaih nak buat base dia tuh sblm nih


So MamaFami...izinkan saya copy paste ur recipe kat my blog pulak yer




PASTRY
Source : Chef Anuar

Ingredients :

160g butter
80g castor sugar
1 teaspoon vanilla
a pinch of salt
1/2 egg
250g flour


Method :

1. Beat butter and castor sugar till well combined. Add in egg, vanilla and salt.
2. Add in flour and mix till a soft dough is formed.
3. Keep in the regfrigerator for about 30 minutes.
4. Press into the tart shells moulds and prick some holes onto the pastry.
5. Bake for 20 minutes or until golden brown in a preheated oven at 180 C

FILLING
Source : Chef Alex Goh

Ingredients :

250g Philadelphia Cream Cheese
60g castor sugar
20g butter
1 egg (grade B)

Method :

1. Cream the above ingredients. Place in the piping bag.
2. Pipe the filling onto the tart shells.
3. Place a bit of blueberry pie filling on top and using a toothpick, make a pattern on top.
4. Return to the oven and bake for another 10 minutes, using the bottom heat only.





Selamt mencuba!


Hari pertama bekerja



Fuh...cari masa mengarang entry nih.


Hari nih hari pertama start kerja after i had my very sweet time for 90days. Berat hati nak gi kerja.....mcm2 fikir. Then schedule pun kena plan betul2.

So start today, my schedule as below:

5.30 am- bangun tido and perah susu, n kemas beg pump
6.00 am- Masak, masukkan stock susu ke dalam botol2 tuk senang Dahlia susukan Hana
6.20 am- Mandi & sembahyang & bersiap
6.45 am- Menyusu bb Hana
7.00 am- Bertolak ke office.

Before this kul 6.45am baru bangun since our rent house kat Banting nearby with office. Since this early year kitaorg moved to Shah Alam...kena keluar awal la coz the journey frm my house to office around 45minutes.

Tadik pagik...bangun kul 5.30am..Hana pun bangun..dia yang jadi alarm clock. Dia awal sikit dr alarm clock that i set last night. kekekeke. Mcm tau jer mummy dia nak tinggalkan dia even sebelum nih...dia x pernah bangun kul 5 pagi..SElalu dia bangun kul 9am.

While i dok pump, Mr Hubby layan dia jap coz anak dara nih x leh org layan dia....


Hana kena buli ngan daddy awai2 pagik

Lps pump, pass the EBM, bottle & pump to Mr Hubby. Biar dia yang handle... Trus turun pi dapur tuk masak. Pagi tadik sempat goreng ikan n buat sup sayur sawi.

Naik atas pi mandi while Mr Hubby bawak Hana turun ke bawah tgk tv n Hana tido balik n Mr Hubby trus gi kerja. Mr Hubby pun tahun nih dah pergi kerja awai since dia nak rebut parking free kat Menara TM.

Lps mandi, sembahyang n bersiap. Start enjin kereta kat porch n bfeed Hana. Kul 7.05am trus bertolak ke office.

Dulu keluaq rumah dah siang dah.. Nih gelap lagik dah keluaq

Sampai office tgk meja semak n penuh ngan bungkusan free sample. Time cuti kerja i mintak free sample..hahahahaha

trus tambah berlengah pi pump susu dulu..Alhamdulillah dapat 5oz. Lps tuh baru gi breakfast. Sepatutnya gi breakfast dulu n pump but tadi tgk cafe kat office foods mcm apa lagik. Jadik tunggu konco2 sampai baru pi breakfast kat luar.

nih gadget kena usung setiap hari,. Kan best laku ada org hadiahkan 1 more Spectra or Medela Freestyle....leh letak satu kat office n satu kat rumah...kalu lebih lagik leh letak dlm kete.

Tadi gi masuk class n lps tuh pump lagik. Dapat la jugak 5oz.

Then kul a gi lunch n balik dr lunch pump lagik..dapat la 5oz.

nih kul 3.30 nih nak pam....so chowwwwwwwwwwwwwwww

x sabaq nak tunggu sharp kul 5...trus nak chowwwwwwww

Sunday, January 23, 2011

Happy 3rd month - Nur Iswahana Imelda

Hari nih Hana cukup 3 bulan. She's is the lucky baby coz dapat mummy dia belek dia tetiap hari 24jam sampai 3 bulan.


Alhamdulillah...Allah SWT kurniakan bb Hana yang amat mudah diuruskan and x banyak ragam n semakin cerdik dan cheeky setiap hari.


owh....baru teringat..i missed her 2 months nyer entry since that time x ada internet kat rumah.

last wednesday dah bawak bb Hana pi Klinik Kesihatan Jalan Kebun for her jab. Best giler...x ramai org...we're done around 20minutes ja... Last wednesday Hana yer weight is 5.8kg.


apa yang dia boleh buat skrg:

- suka hisap penumbuk dia....actually her hobby started on hari ke 45.

- Hana jugak suka jerit.

- kekadang dia nih ratu berlakon. kalu x ada org keliling dia dia akan jerit/nangis mintak simpati suruh teman dia....ayo...susah nanti kakak bibik nak buat kerja..

- boleh mengiring but x leh meniarap lagik..... but ada 2 kejadian..tgk2 dia dah tertiarap dlm playpen.

- but she love angkat kepala....budak nih advance kot..x mo meniarap but nak dok terus....kaki lak nak berdiri ja..lenguh pegang....x sabaq nak jalan yer sayang.

- kenai org...dia hanya mau kat mummy, daddy n bibik ja..org lain dia ambik masa nak mesra...iyolah....kami ja dok belek dia...

-Suka kalu Hani & Ichlas dok acah dia....dia kenai kakak n abang dia...kaki n tgn akan melonjak kalu tgk kakak n abang dia dok main. Dia pun mcm nak join jer..nanti yer adik..adik besaq nanti adik leh join main sekali yer..jgn gaduh yer..kalu gaduh mummy laga kepala jer...

- im still fully bfeed dia. Dia akan bangun kul 1 dan kul 5..Kekadang kul 3 tuk menyusu. Kalu minum botol...skrg kitaorg ajar 2oz for every 2hours. She just accept teat brand MAM sahaja....kalu bg teats Avent harus dia melalak n sebek giler...

Esok, mummy dah start ja. Mummy minta..Hana dok ngan kakak Dahlia elok2..minum susu mummy thru botol elok...kul 5.45 mummy sampai rumah leh nenen puas2 ngan mummy.


HAPPY 3 MONTHS OLD

TO MY CUTIE PIE

HANA

Saturday, January 22, 2011

Mandian & Krim tuk bb yang ada ekzema

Amacam..ok tak new layout nih? colourful kan ....sweet like lollipops kan...

Waktu Hana dilahirkan n dicheck oleh Datur Dr Zul, Dr Zul cakap kulit Hana kering. mmg ada potentil tuk dapat ekzema. So being us yang dah ada experiemce handle Hani & Ichlas yang ada ekzema time baby jugak jadik kitaorg dah prepare for baby mandian jenama Aqua Dermis. J&J is no no no for baby ekzema esp our baby la. Mandian nih disuggest oleh Pakar Kanak-Kanak, Dr Amdan dari Klinik Adek, Seksyen 9, Shah Alam.


Then lepas pantang, mummy nih makan la macam2. Saja tau anak ada allergic to certain foods. Jadk nak tau Hana allergic kat foods mana....kita try la...so Hana mcm kakak n abang dia jugak...allergic psada makanan berasaskan telur & seafood.

Tgk kat pipi dia tuh...sian naik ruam. Orang kata yang nih ruam susu. So bila Hana naik jer ruam nih mcm biasa akan bawak pi kat Dr Amdan tuh.
Align Center


so tuk hilangkan ruam dia tuh, Dr Amdan prescribed Hana dgn cream yang hanya perlu disapu sekali jer pada malam sahaja.

Nama cream nih Metasone Ointment 0.1%

walllaaaa...dlm 2 hari ruam semua dah hilang



kesian ooo kalu x treat ruam tuh...Hana sampai kat kepala pun berkerak...mmg tuh petanda la...kalu ada ruam ngan kerak tuh..time panas diaorg akan gelisah coz gatai sgt..kalu kita uspa pipi dia time ada rahes tuh.kawan sikit punya syiok n steam ja....

so as breastfeed mummy, lepas pantang pun byk makanan kena pantang la....but diff baby dia yer allergan tuh maybe different. Such as my kids n hana nih, totally allergic telur, sotong, udang, belacan. Kena makan n tgk ada tak allergic reaction kat baby kita.

Mcm baby nih..x elok bagi ubat makan tuk reduce kegatalan dia nih. Jadi kena la guna kaedah mencegah ataupun hanya sapu krim.

Dulu Hani siap jumpa pakar kulit kat Hospital Selayang but progress ekzema dia very slow Jadik my neighbour dulu kat Indah Kondo suggest suruh bawak kat Dr Amdan, Klinik Adek nih. Bile i bawak memang ada perkembangan positive. Jadik maybe sapa yang mencari paed tuk baby yg ada ekzema..maybe korang leh try jumpa Dr Amdan nih. Consultation fees dia RM 50 n cream tuh baru RM15 jer.


Friday, January 21, 2011

Bibikku bercinta dengan mamat pakistan


Oh....sepatutnya hari nih aku dah start kerja...pagi nih sms kat ketua program n pengarah kata aku cuti hari. Hari isninbaru start masuk kerja....

btw entry nih x mo citer emosi aku nak start bekerja slps 90hari cuti bersalin n berkepit ngan bb Hana but kali nih nak citer pasai bibik aku.

Jarang aku bercerita pasai bibik aku nih..actually byk nak share ngan kawan2 blog nih pasai bibik but cukup malaih la nak citer yg buruk2 dlm blog nih....bak mcm Fin quote dr Verde...knak positive vive jer dlm blog nih...


First.....aku nak cakap aku ambik bibik bukan sebab aku nak senang...x mo buat kerja rumah but the main reason aku ambik bibik is " To take care my kids esp skrg ada bb Hana". Nasib la kan my kids nih xtra sensitive bila dok kat nursery. Diaorg mudah sgt selesema, batuk n demam. Takkan nak berulang alik check in hospital ja kan... BB sitter lak dulu waktu aku pindah Banting x dapat nak cari bb sitter dlm tempoh terdekat..so solution is bibik la...


Alhamdulillah aku dapat bibik yg boleh la tuk jaga anak2 aku. Even kerja dia x berapa tip top sgt but aku bersyukur..sekurang-kurangnya ada org yang leh jaga anak2 aku bila aku pergi kerja. Tambah time tuh rumah sewa kami dekat jer dengan office. Nak kata aku garang sgt x la jugak.....even kekadang ada lava nak muntah keluar dr gunung berapa but aku sentiasa ingat kata-kata laki aku yg penyabar....kena sabar coz dia jaga anak2 kita...apa2 pun dia leh buat kat anak kita kalu dia benci kat majikan dia.


but kisah nih aku tak tau lah nak kata lawak ker, geram ker, susah hati ker...


Actually sejak pindah ke rumah baru bibik ada mintak nak pi Banting. Konon yer nak jumpa kawan. At first bila dia cakap kat aku....muka aku moncong la...trus dia tanya aku " Kenapa puan?Puan takut Dahlia lari ker?". aku cakap la" Bukan lari saja...mcm2 saya fikir". Aku x bagi keputusan time2 tu jugak...aku cakap aku bincang ngan Tuan. but aku cakap...kalu kamu pergi..saya atau Tuan yang akan hantar dan ambik. Aku budget dia nak jumpa budak Indon yang ada kerja kat rumah jiran aku tu. Kalu yg tuh aku pejam mata kasik coz jiran n aku kenai mat indon tuh.


Terus aku tanya jiran aku. Jiran aku pun korek la dari bibik aku nih..bibik kau citer dia kenai mamat nih time naik kapal datang cni..amboi...padahal br divorce trus kenai boyprend baru..then jiran aku pun basuh n nasihat dia....nasihat dia hati2 takut kena tipu.

then x jadik pulak jumpa kat Banting coz kawan bibik aku nih dok Johor n x reti gi Banting. Bibik cakap nak jumpa kat KLCC. uwekkkk .alooo...apasal indon2 nih suka lepak kat KLCC...aku nak termuntah tgk geng2 Indon nih dok bercanda kat Taman KLCC. thats 1 reason aku x suka pi taman KLCC tuh. aku cakap aku x leh nak anto kalu time hari bekerja coz aku x terror jln pi klcc plus mcm mana aku nak handle 2 toddler n 1 baby alone. Kalu tuan ada ok lah jugak..nak suruh bibik pi sendiri is No No No for me. dia cakap nak jumpa jugak on that day coz kawan dia tuh nak balik indon nak urus passport. Aku cakap la .better jumpa kat airport....call kawan kamu tuh...pukul baper.....tgk2..bibik kata x dapat call n bibik trus cakap x yah nak jumpa...ok fine..aku sukaaaaaaaaaaaaaaaa...hahahahaha


tgk2....last tuesday night mr hubby cakap..bibik aku cakap kat dia...nak pi jumpa kawan kat KLCC on Thursday . Laki aku kata ok jer... BIla laki aku citer kat aku...trus mak moncong 3 kaki la....but as mr hubby cakap..kalu x bagi...lagik mcm2 bibik leh buat..so kasik la but kita yg gi hantar , tunggu n ambik.

So semlm pergi lah KLCC. even semlm my initial plan nak pi Ikea so terpaksa lencong ke KLCC. Bibik cakap nak jumpa kul 11pg. both of us plan nak bg masa 3 jam jer dia jumpa kawan dia tuh with passport bibik kitaorg pegang n kitaorg x akan bg duit kat bibik. plus sblm tuh mr hubby akan jumpa kawan bibik tuh n tgk passport mamat tuh..kalu x ada passport...mr hubby x akan kasik bibik aku jumpa ngan mamat tuh.

so....dah kat KLCC dah plan nak beli 'something' for me as motivator tuk masuk kerja this coming Monday.

But tengok2 mamat tuh x sampai lagik2 time kami sampai ke KLCC tuh..dia cakap kat Seremban...dada aku nih dah kembang kuncup dah. fine.......jenjln cuci mata dulu.....dah la kids pun melalak kat Isetan..yg ichlas dok nangis nak set thomas which yg dia dah ada kat rumah n hani nak set princess which slm nih promise x mo toys dah coz kitaorg dah beli baby alive kat dia. Hana lak x mo tido n xmo dok dlm stroller.

sampai kul 3.15pm br mamat tuh sampai..bila sampai aku ngan hubby melopong coz ingat mamat indon..tgk2 mamat pakistan yg pakai kemeja yg kedut seribu with seluar slack n kasut n x pakai stokin.....trus hubby gi cakap dulu kat mamat pakistan tuh..saya bagi masa 10 minit ja cakap kat cni....n trus mr hubby tinggal n dok kat kerusi tgk bibik n mamat pakistan tuh sembang n trus call adik bibik yg kat johor to verify. Rupaya adik bibik kat johor nih pun x tau citer nih n adik dia bertalu2 kata maaf n malu dgn perlakuan kakak dia nih. Trus adik bibik call bibik kitaorg n cakap apa tah.

sampai 3.30am....mr hubby trus pi kat diaorg n cakap masa tamat n kitaorg nak balik. Selamat ptg tuh kitaorg dah set ngan org kitchen kabinet tuk datang rumah tuk replace pintu kc yg ada crack ckit. mmg kitaorg ada alasan kukuh la tuk balik. n as for me aku mmg angin la coz x sempat nak beli "C".


Balik dlm keter..kitaorg x cakap apa2 ngan bibik even balik rumah tuh....x sentuh langsung citer nih. I let mr hubby ambik satu masa nanti n sit down ngan bibik n brainwash bibik aku nih. Hari nih aku tgk bibik aku buat kerja n handle my kids mcm biasa.



yg aku x puas hati is 4 perkara:


1) kenapa la dia pi jumpa mamat pakistan nih?

2) mcm mana la dia leh jumpa mamat pakistan nih? padahal aku jaga betoi2 bibik aku nih.

3) Bibik aku nih dah byk kelentong..kat jiran dia cakap jumpa dlm kapal..kat mr hubby dia kenai dah 6 bulan.

4) bibik aku mcm berat nak sambung kontrak coz dah plan nak kawin ngan mamat nih even mr hubby akap nak up gaji sebyk 100inggit. but ngan pakistan nih tolong la...aku redha kalu bibik aku kawin ngan org indon jugak....

but aku rasa...mamat pakistan tuh mcm pernah jer lalu depan umah sewa aku time kat Banting hari tuh.....


tuh jer sessi cerita hr nih.....meh korang tambah perisa lagik entry nih..hehehe

Wednesday, January 19, 2011

2010 achievement & plan 2011


Oh amat susah skrg nak update blog since internet kat rumah selalu x ada. Skrg baru dapat tau modem kena denda dok kat porch umah due kitaorg guna alarm system yg ganggu signal modem. hahahahahaha


plus anak dara Hana nih x leh nak dok jauh2...asyik nak berkepit ja...dia akan melalak keluar ayaq mata kalu x ada org kat tepi dia...nih pun sambail taip sambil riba dia..selamat la mummy nih cuti 90hari...leh gak belek ko Hana...next week mummy start kerja..ko buli lak Kakak dahlia yer...


Mmmg enjoy sgt dok rumah. sampai FB n blog diabaikan...kekekekeke. Even resolution tahun 2011 x terpk lagik coz resolution 2010 that we set last year pun baru nak review balik. What we achieved during 2010.

what we achieved last year

  • kids performed well at their school. Hani can read books n Ichlas enjoyed his school time
  • im pregnantkan Hana
  • Berjaya gi Langkawi ngan kawan2 opis, pi Jakarta/Bandung with my big family, pi Bali with hubby n kids.
  • Berjaya berpindah ke rumah baru
Alhamdulillah apa yg kitaorg achieved last year. x banyak but amat besar maknanya.


What i want in this 2011 area:

  • last year byk kitaorg spend masa kat KPJ Selangor Specialist due to demam. Kids, hubby & me warded. Mohon tahun nih tahun yang diberikan kesihatan yang baik utk kitaorg.
  • Dari segi kerja..last year..byk btul MC yg i dapat due to my whole-day-morning-sickness. Jadik tahun nih azam x mo MC dah....nak MC zero. Annual leave pulak nak pakai elok2. Me & mr hubby dah pakat bila nak ambik cuti esp time balik raya coz tahun nih giliran balik beraya kat Sarawak plus bibik akan tamat kontrak n akan balik ke Indon. Tahun nih i kena buat byk research for my SKT coz next year plan nak apply sambung PHD.
  • Bibik lak akan habis contract time raya tuh..dia akan balik ke Indon satu bulan...skrg dia x cakap dia nak sambung ke idak...so kitaorg dok pujuk dia sambung. Klau idak kena guna plan B. Cari balik orang kat kampung Mr Hubby or kat Kedah. Kalu x berjaya jugak...kena guna plan C- carik bibik baru.
  • Tahun ni jugak tahun menabung coz last year kitaorg dah gunakan our saving tuk rumah. jadik dah nama tahun menabung...nampak yer x ada lah jln2 cuti Msia kot but hati nih gedik nak pi Spore hujung tahun nih.
  • We also want to concentrate on kids yer education esp Hani since next year Hani nak masuk darjah 1 dah.
  • N weekend we want to have a quality time with kids. bukan pi shopping malls ja...nak bawak kids g tempat2 educational such as Pusat Sains, pi riding horse ker..gi feeding elephant ker...ke petrosains ker...gi wall climbing ka...
  • n the most important...nak fully breastfeed bb Hana at least 6 months. X mo buat long term yer aim..skrg short term yer aim is 6 months dulu..lps tuh br pk lain..hehehehe. Skrg dah 3 months full bf Hana. Alhamdulillah..rezeki murah..sampai penuh fridge umah n deep freezer jiran kat Banting. Next week masuk kerja..fridge opis lak jadik mangsa.kekekeke
itu ja yang dapat dipikirkan..x mo bubuh byk2.....yg panting nak balance kan life kerja ngan family n nak dapat kesihatann yang baik coz almaklumlah...dah masuk fasa 30an dah. * ehem ehem ehem*


* nak FREE Starbucks Voucher...sila klik SINI *

Saturday, January 15, 2011

Contest Baby Tido




Terpanggil tuk join contest by Mommy Pink nih coz its involved gaya tido. Totally suka tgk gaya tido bb Hana since she love to sleep... aman tgk baby tido...gerammmmm


nih antara koleksi gambar tido bb Hana






Nama: Nur Iswahana Imelda Binti Iswandi
Umur: 2 bulan
Hubungan dengan bayi- mummy n anak



Tag 3 orang

1. Nora
2. Syana
3.Nina


Saya sukakan MyKawaiiStore kerana ada baju baby yg amat comei-comei.

Monday, January 10, 2011

Percutian ke JB- Penutup tahun 2010

Entry kali nih mmg citer basi…nak citer pasai vacation tahun lps…Iyolah skrg dah masuk tahun 2011. Nih cuti-cuti Malaysia sebagai penutup tahun 2010.

Kebetulan dapat wedding invitation frm hubby’s friend which jugak jd our friends coz kawan nih kawan yg hubby rapat time matrik kat uum tahun 1999 dulu. Kira dia tau la jatuh n naik time aku n hubby bercinta..hahahahahahahaha

Plus aku n hubby x pernah lagi bercuti ke JB sejak 6 tahun kawin nih. So ambik kesempatan la ngan invitation tuh. Lagi pun makcik x- bb sitter Hani & Iclas pun jemput coz anak dia akad nikah kat jb jugak…so sekali harung.

Mula2 nak gak langkah panjang ke Singapore but due to Hana kecik lagik mr hubby kata x payah..plus keadaan kewangan x berapa best pi Singapore time2 christmas sale nih. Kang ada meroyan jugak tgk barang but x leh nak beli..so alang2 x yah gi….simpan hasrat n duit pi hujung tahun 2011 lah…

Kami booked Hotel The Zone coz ada a few friends yg recommend but bila sampai kat sana nyesal lak aambik hotel nih…..parking dia jauh coz hotel nih attached sekali ngan The Zone yer shopping complex. Parking dia share ngan shopping complex which amat susah nak angkut brg2 …iyolah anak 3 n ada bb..haruslah barang tuh bwk mcm satu kontena..hehehehehe. but nak buat mcm mana dah bayar siap2 dah tuk 4 hari 3 malam.

Bibik lak kitaorg drop kat umah adik dia..adik dia kerja kilang jahit jaket kat jb nih….slmt la rapat jugak ngan adik bibik nih…..kasik chance la kat bibik bercuti coz sblm nih sblm raya bibik ada mintak cuti nak beraya ngan adik dia kat jb but time tuh aku kan sarat so x kasik la n kata kat lps pantang saya bg awak bercuti pi jb jumpa adik coz aku tau mmg hujung tahun mmg aku nak pi jb….

Disaster bila datang sini since time tuh aku yer susu melimpah ruah but x ada tempat nak simpan. Ada suggest simpan kat fridge hotel but mr hubby x yakin..dia takut susu yg disimpan akan dicemari * awat ayat baku sgt nih *…takut org sabotaj..giler la keji pemikiran laki aku nih…trus terbantut..maka dgn hati berat n sedih..terpaksa perah n buang…soobbbbbbbbbbbbbbbbbbb…x pun paling truk perah dlm botol n paksa hana minum..hahahhahahahaha

But ada lagik disaster..punya rush pi keluar awai pagi jumaat coz nak pi majlis akad nikah anak x- bb siter tuh sblm sembahyang jumaaat but on the way makcik call kata dah selamat pun akad nikah sebelah pagi..caitttttttttttttt..

So trus chek in hotel. Malam tuh jenjln kat Danga Bay n dinner kat situ. Dinner kat Restoran Bawang Merah. kat situ lak ada fun fair..so kids nak naik train. layan jer lah

Esok hari sabtu tuh p jamuan makan anak bb sitter tuh..lps tuh pi kenduri kawan hubby lak but pi dah petang coz hujan sblm tuh..pi2 jumpa sorang jer kawan hubby..hampa betul hubby esp coz niat dtg nak jumpa kawan2 yg sama class time matriks dulu but x ada pun.. X ada rezeki la…








Malam tuh lepak kat hotel ja..mr hubby beli makanan kat luar hotel, tapau n mkn kat dlm bilik jer…yg aku lak doa berdoa cepat la masa berlalu coz x sabaq nak balik ke kl n dapat perah susu n simpan susu dlm fridge kesayangan aku tuh

Hari ahad tuh birthday Hani yang ke 5.we just wish kat dia n promised nanti kat kl baru kita celebrate coz im totally x ada mood dok pk susu yg terpaksa dibuang. Mr Hubby bawak kids pi mandi swimming pool. Lps tuh kitaorg keluar pi lunch kat Restoran Singgah Selalu coz ramai suruh pi…lps tuh pi ronda2 dlm kete around Bandar JB n balik ke hotel. Kat hotel jenjln kat shopping complex The Zone but haram x best pun…x shopping apa pun…trus balik ke hotel….tapau foods n mkn dlm bilik ja….














Hari isnin aku dah tersenyum lebaq dah coz masa untuk balik…aku yer sesi pump dah haywire dah..x sabaq nak pam dan pam n simpan stok2 susu aku tuh…check out hotel on thari, pi ambik bibik n adik dia n pi lunch kat Singgah Selalu lagik n hantar adik bibik ke rumah dia n trus kitaorg zass balik ke Banting. But singgah kat r&r Seremban coz org br lps pantang nih nak mkn soto.



Tu lah penutup percutian kitaorg tuk tahun 2010 nih n as 2d trip for bb hana. 1st trip bb hana is pada hari ke 40 balik ke penang. * tuh kira trip jugak kan?* Percutian yg betoi2 kitaorg x enjoy..coz 1st Mr hubby x jumpa kawan2 kelas matriks dia n for me…I dah membazirkan stok2 susu ….

Lps nih kena prepare n get more info how to store the express milk while u're travel la...


* nak FREE Starbucks Voucher...sila klik SINI *

2013 Copyright © iswatie.blogspot.com. Designed by Rekaneka.com.