Pages

Tuesday, September 9, 2014

Tips buat Calon UPSR 2014

Salam semua,

Hari ini selasa 9 September 2014 bermulalah UPSR serentak diseluruh Malaysia khas utk pelajar Darjah 6.

Anak2 belum lagi yg ambil tetapi beberapa kawan mesti dlm debaran sebab ada anak mereka yg mengambil UPSR bermula hari ini.

so beberapa tips, amalan dan bacaan doa yg boleh dipraktikkan.

terima kasih pada astro dan era fm for the tips:


selain itu baca doa dibawah sblm masuk ke dewan peperiksaan.


InsyaAllah, Allah SWT akan permudahkan dan semoga mendapat kejayaan setimpal dgn usaha yg telah dibuat.

Friday, September 5, 2014

Resepi Puding Roti dan Sos Kastard Paling Mudah

Salam semua,

last week sedang bergolek-golek bb Qina yg bam bam tetiba dapat call dr seorang sahabat Sheila. 

Dia tanya pasal dessert sewaktu kdr aqiqah bb Qina baru-baru nih. Actually dia mkn pavlova or triffle tp tak tau nama n dia kata sedap. Dia nak suruh buat coz kat opis dia ada potluck.

So lps berbincang decided nak tolong buat tuk dia Bread pudding with custard sauce coz yg tuh rasa mcm confident nak buat n testimoni dr husband kata my bread pudding sedap.

Petang tuh sheila kirim roti n bekas tuk buat bread pudding pada husband dia n pass pada my husband. tudia byk btul party involved.

so jadi la bread pudding n sos kastard dan terima kasih kpd mr husband yg tolong delivery lagi.

Feedback dr Sheila kata sedap n licin. Lega makkkk



Selepas tuh kawan2 sekolah menengah dok bertanyakan resepi. Jadi alang-alang nak taip tuk depa so taip sekali dlm blog nih so boleh la sapa2 nak cuba buat.




Resepi Choc Chip Puding Roti dan Sos Kastard

Bahan-Bahan Puding Roti:-

Bahan A

500ml susu segar
8 Keping roti putih

Bahan B

4 sudu makan gula
2 sudu makan mentega
2 biji telur
1 sudu teh Esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung


Bahan C

1/2 cawan choc chip


Bahan D (sos kastad)

200ml susu segar
2 sudu gula
1/4 cawan susu segar dibancuh dgn 1 sudu tepung kastard


Cara-Cara:-
1. Satukan bahan A, koyakkan roti dan rendam roti sehingga kembang
2. Pukul bahan B sehingga sebati (telur, tepung kastad, gula & mentega)
Adunan macam ketul2 sikit disebabkan oleh mentega.tapi takpe rasanya, nanti masuk oven dia akan cair..
3. Campur adunan telur ke dalam adunan roti, kemudian masukkan choc chip dan masukkan dalam loyang
4. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit. Ini bergantung pada oven masing-masing. Saya guna oven Jenama Fagor.
5. Untuk sos kastad, panaskan susu segar bersama gula. Apabila gula sudah larut, masukkan bancuhan tepung kastard dan kacau hingga pekat.

** kalau x mo choc chip, anda boleh ganti dgn kismis.

Ichlas tanya tuk rumah x buat ka trus zass buat tuk dia gak. kawan mengulang makan siap bawa bekal pi sekolah lagi. hehhehe dah lama mummy dia x buat kan. nih mummy dah sihat n rajin makan la korang sampai muak. hahahhaha



Thanks Sheila coz bagi kepercayaan dan niat nak membantu kami. ok starting tuk menabung deposit kereta Vellfire bg menggantikan estima yg hilang. hahah harapan tinggi menggunung tuh. cepat korang aminkan.

Btw, selamat mencuba.



Thursday, September 4, 2014

Laksa penang versi utk kanak-kanak



Salam semua, moga pagi ini semua dalam keadaan sihat walafiat serta ceria selalu.

Seronok pula bercuti lama-lama sempena maternity leave 90 hari. Itu pun saya tambah bercuti 7 hari. Ikut hati nak jer ambik cuti sampai hujung tahun.

yang pasti bila berada dirumah sy perlu pastikan kids dapat makanan 'air tangan' ibu iaitu saya. Setelah almost 1 year saya tidak masak so masa untuk beraksi didapor. Kepuasan apabila kita memasak makanan kesukaan kids dan mereka menghabiskan makanan tersebut, nak bawa bekal serta memuji betapa sedapnya makanan tersebut.

Seperti semalam saya telah membuat laksa penang, pizza dan juga karipap sardin.

Sebenarnya pizza saya telah frozenkan dan cuma bakar di oven tetapi spt semlm saya terbangun lambat jd x sempat utk membakar pizza tersebut. selamat bibik menggoreng karipap yg telah difrozenkan sewaktu saya belajar membuat karipap dari ibu saya yg kebetulan stay di rumah saya.




yang bagusnya kuah laksa saya tidak masukkan belacan. Itu sebabnya saya masak sendiri compare beli di gerai yg confirm letak belacan.Dan juga tidak pedas. Tapi tukang buat x dapat nak mkn coz masih berpantang 100 lagi maaa

selain itu pizza yg dibuat sdr adalah jaya dengan topping coz haruslah kita x kedekut topping tp kalu menjual mmg x leh la kaya sgt topping coz x balik modal lak.

petang pula cuba praktik kembali apa yg dipelajari sewaktu mak ada dirumah kami  iaitu membuat karipap. Kali ini saya mencuba membuat karipap sardin. Alhamdulillah menjadi jugak karipap sardin. Kids kata SEDAP!

so hari nih dok pk nak masak apa lak tuk lunch nanti. lps nih nak try buat donut pulak coz fav kids juga. wish me luck!

Love,
Iswatie

3 kesan utama kehilangan Kolagen

Salam semua,

sempena bulan promo Shaklee Collagen Powder, dalam entry ini saya akan bercerita mengenai Kolagen. Kena kita perlukan kolagen. Tambah2 macam umur saya yang telah hampir menjangkau 34 tahun pada 18 Oktober yg akan datang.

tahu tak apa yang dimaksudkan dgn Kolagen?
Sebenarnya di dalam badan kita dipenuhi oleh kolagen itu protein yg terbanyak. ianya menyumbang 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kolagen yg sihat mempengaruhi rupa yg sihat serta menampilkan susuk tubuh yg muda.

Semakin umur kita meningkat, kolagen dibadan akan berkurangan. Pengurangan kolagen menyebabkan kewujudan kedutan dan menghasilkan tanda-tanda penuaan lain spt:
1) kulit berkedut, kering dan melayut
2) kuku rapuh dan tidak kukuh
3) rambut gugur

walaubagaimanapun kemerosotan tahap kolagen pada badan kita boleh dipulihkan melalui makanan tambahan. sekiranya anda mengambil makanan tambahan secara tetap, ianya mampu mengantikan kolagen yg hilang dan memelihara kulit.Selain itu anda juga akan menikmati faedah2 lain iaitu:
1) menyegarkan kembali kulit sihat
2) mengurangkan kemunculan garis kedutan
3) menguatkan kuku, serta
4) menyuburkan rambut.

oleh itu, masih belum
terlambat anda untuk menghalang tanda-tanda awal penuaan dgn mengambil kolagen secara konsisten. Dgn itu anda akan mempunyai kehidupan yg hebat, rasa lebih muda serta kesihatan yg baik.

oleh itu mari sama-sama kita pakat order Shaklee Collagen Powder untuk kekal muda dan sihat.

Anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut, konsultasi serta untuk pembelian melalui pelbagai cara:
1) sms/call/whatsapp 0193229737
2)email : mornizawati@gmail.com

salam sayang,
iswatie

Monday, September 1, 2014

Shaklee Promo Sept 2014- Collagen & Mealshakes

Salam semua,

Hari ini 1 September 2014.

Hari pertama dalam bulan September.

Mengharapkan bulan ini memberi lebih 'luck' kepada Iswatie's Family.

Ternyata hr nih bermula dgn berita baik dr Shaklee dimana terdapat 2 produk promo bulan nih. Tak pernah lagi Shaklee buat. 

Promo bulan nih:

1) Shaklee Collagen Powder
Buy 6 box FREE 1 box

2) Shaklee Mealshakes
Buy 3 Canister FREE 1 Canister

FREE Membership bila anda beli 3 boxes of Shaklee Collagen Powder.

Nanti sy akan share kelebihan dan testimoni kedua-dua produk nih.

Jadi kalu nak tanya, konsultasi dan maklumat lanjut atau FREE GIFT saya boleh bagi, jangan malu n segan boleh contact saya:

SMS/Whatsapp 0193229737

atau 

Email: mornizawati@gmail.com

Love,
Iswatie
Mummy yang baik hati layan Customer




Friday, August 29, 2014

TERBARU - Katalog IKEA 2015

28 Ogos 2014

Semalam secara rasminya katalog terbaru IKEA bagi tahun 2015 dah keluar. Rumah sapa yg berdekatan dgn IKEA kemungkinan akan dapat katalog tersebut. Sila check postbox masing-masing yer.

Untuk saya, sedang membodek mr hubby utk pergi mengambil hardcopy katalog tersebut di IKEA memandangkan opisnya di Taman Tun. Semalam  juga saya dgn gigihnya telah memuat turun katalog tersebut menggunakan apps IKEA menggunakan iphone kesayangan saya beserta menggunakan data plan yg limited.

Puas hati dapat jamu mata thru katalog digital. Tapi apa kan daya setakat jamu mata shj even terdapat beberapa brgan yg ada dlm wishlist saya memandangkan kes kereta estima yg hilang.Tapi as typical women nak gak pegang katalog hardcopy. So harapan agar terbuka la mr hubby bila dia free dia leh pi ambik katalog tersebut sebelum katalog tuh habis. hehheheheh giler tamak takut sgttt katalog tuh habis.


sapa yg nak katalog tersebut boleh lah walk in ke kaunter customer service utk mendapatkan katalog tersebut ataupun roger saya thru email : mornizawati@gmail.


nih adalah sneak peek cover catalog tersebut yg saya ambil dari Facebook IKEA:





terdapat beberapa item yg saya dah tambah dlm wishlist saya tetapi bukan dlm tempoh terdekat. so next entry nanti sy tunjukkan apa wishlist sy dari ikea nih.

so..apa lagik.sila download or sila urut mr hubby or boyfriend masing-masing p terjah ikea tuk ambik katalog tersebut. Bukan kena bayar pun. PERCUMA!!!

Byeeeeeeeeeeeeeee





Thursday, August 28, 2014

Kereta Estima Hilang

Salam semua,

Sorry asyik tenggelam timbul jer. 
Macam-macam terjadi. Dugaan.
Tak sangka happy rupanya dtg kesedihan.huhu 

20 Ogos 2014 tarikh keramat dimana tarikh itu sepatutnya tarikh istimewa sempena bb Qina genap 2 bulan.

Pada hari itu, mr hubby nak g kerja awak dan aku suruh dia naik estima dgn alasan aku nak naik myvi coz nak pergi ke kedai bakery. Intai mr hubby dr sliding door saja n nampak mr hubby tutup gate tanpa aku nampak byg estima.

hari itu juga hati berdebar2 nak call caterer yg aku dah janji lama nak ambik dia tuk cater majlis kdr aqiqah bb qina tp harga yg diberi over than kami yer bajet so terpaksa call tolak . legaaaa

ntah kenapa hati dup dap. call mr hubby tuk confirmkan caterer tapi dia kata dia dlm meeting n nanti dia call balik. sampai kesudah dia x call balik. huhu

ntah kenapa hr tuh sepatutnya aku g kedai bakery tp aku x pergi.

lewat petang dpt whatsapp mr hubby kata nak balik lambat.then kemudiandia call kata nak balik.  Dalam 5 minit mr hubby call balik cakap baikkkk punya n dia mention kata keter estima x ada kat parking. zassss trus terkedu. then kata kat dia cari lagi or check ngan dbkl since dia parking kat parking dbkl. then pejabat dbkl tutup trus dia naik cab ke nearby police station. mr hubby roger kawan dia tuk datang. berwasap ngan kwn dia n kawan mr hubby tolong up gambar dan info keter tuk blast kat fb while me hubby buat police report. Kita kat rumah nih x dok senang dah. Then after police report mr hubby n kawan dia ronda2 lagi area tmn tun n hantar mr hubby balik. Thanks De Owe.

Lps blast dlm fb ramai kawan2 yg baik hati yg share, yg call, yg wasap bertanya n simpati kpd kami n ada gak yg tanya lebih kpd kaypochi tp kami pk bukan niat dia tuh. Untung ramai yg doakan.

So sehingga hari ini lebih dr seminggu dah x ada khabar berita. Tanya pegawai penyiasat polis pun kata x ada update. sobbbb

Ya Allah,
Kalau masih rezeki anak-anak kami, pulangkan lah. 
Kalau ditakdirkan bukan rezeki kami, kami redha dan pasrah
Murahkan rezeki kami pada masa yg akan datang.
Ameen


W8010N dalam kenangan.

Thursday, July 17, 2014

Huggies Free Samples

Haaaa sapa tak suka benda free kan?

Nih kerja dalam berpantang. Sebab semuanya dihujung jari. Sambil breastfeed baby pun boleh jer isi form request free samples plus online shopping. 

Yang best sekali setiap hari abang parcel sampai kat rumah. best dapat buka parcel. hahahha nasib la org berpantang yg kena hibernate kat rumah.


nih salah satu free sample yg sy terima. amat berguna yer coz dlm sehari kita kerap tukar diaper baby. Nih dr huggies. comeiiii

so sapa yg nak free sample huggies leh try kat link dibawah nih:
 HUGGIES FREE SAMPLE

selamat berfreebies!

Rahsia jahitan episiotomy cepat sembuh

Salam semua,

Selalunya selepas bersalin, soalan yg ditanya ialah:

- baby girl or bb boy?
- baby baper kg?
- senang or susah bersalin?
- sakit tak?
- berapa kali teran?

dan juga soalan yg glamer ditanya ialah:

"Banyak ker kena jahit?"

Berdasarkan pengalaman saya, sewaktu meneran sy akan angkat bontot so selalu yer saya yer koyakan dlm kategori 2nd degree. Tapi setakat nih alhamdulillah my gynae jahit dgn sempurna sekali. 

Dalam tempoh 1-2 weeks sy yer jahitan dah ok n saya dah bergerak cargas sampai encik suami selalu tegur jalan tuh slow sikit 😝

Rahsia jahitan saya cepat sembuh ialah:

1) Saya menggunakan maternity pads jenama pureen. Ia tebal, lebar dan panjang. 

2) Saya memakai seluar agar seluar dalam dan pad tidak bergerak so selesa la tuk kita baring dan duduk.

3) Menukar pad sekerap yg mungkin. saya amalkan setiap 2 jam atau setiap kali saya pergi ke toilet sy akan pastikan saya menukar pad

4) Selain itu juga saya menggunakan FEMININE HERBAL WASH dari Set Bersalin Amway untuk membasuh miss V


5) Saya akan pastikan saya mengelap  kering miss V saya. 

6) Memastikan saya makan buah oren sunquick sewaktu lunch dan dinner

7) Memastikan menu berpantang saya pada week 1 dan 2 mempunyai ikan haruan segar samada dibakar, disuplan atau digoreng

8) Selain itu juga saya mengambil pati haruan.

9) Dan yang paling penting n saya highly recommend ialah mengambil Vitamin Zinc iaitu dari Shaklee dimana ia dapat mempercepatkan  penyembuhan luka jahitan. Ini kerana Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.



10) selain itu, anda juga boleh meminta jasa baik encik suami untuk menyapu serbuk zink yang telah dihancurkan menjadi serbuk di kawasan jahitan. Ia membantu mempercepatkan pengeringan luka jahitan dan menjadikan bekas jahitan cantik.

Cubalah. anda pasti puas hati.

Sekiranya anda berminat untuk bertanyakan atau membeli Set Bersalin Amway dan juga Set Bersalin Shaklee anda boleh hubungi saya:

Watie
SMS/Whatsapp/Telegram 0193229737

atau 

email: mornizawati@gmail.com


Thursday, July 10, 2014

Panduan Penggunaan Set Bersalin Amway

Salam semua,

Hari dah hari ke 21 berpantang.

Semalam jururawat masyarakat dari Klinik Desa yg terdekat datang melawat. 
Berat bb Qina dah 3.6kg while mommy dia nih alhamdulillah dah sihat n bdn pun kuat.

Hari nih saya akan sambung bercerita mengenai Set Bersalin Amway lagi.
Owh yer kalu nak tau berpantang sekali nih sy x lah mengira sgt dah berapa hari berpantang. Kalu dulu setiap hari mengira hari dan tgk jam berdoa cepatlah habis 44 hari. hehehehhehe

Ok berbalik pada Set Bersalin Amway, dalam setiap pek disertakam buku panduan penggunaan setiap produk yg terdapat dlm Set Bersalin Amway. Maklumat bila hendak digunakan, cara penggunaan dan juga kandungan bg setiap produk dinyatakan.

Selain itu juga, dibelakang buku panduan tersebut disertakab jadual penggunaan dan checklist bg membantu ibu2 berpantang mengenalpasti apa produk yg perlu diambil setiap hr iaitu dari Hari ke 1 hingga hari ke 44.



Jadi apa yg perlu ibu berpantang buat ialah menulis tarikh hari bersalin pada hari ke 1 pada jadual tersebut. Selepas itu bolehlah cross check apa produk yang perlu dimakan/diminum dan juga produk apa yg perlu dipakai.

Rajin-rajinlah mengoptimumkan penggunaan produk2 yg terdapat dalam Set Bersalin Amway ini. Ini kerana utk kebaikan tubuh badan anda sendiri dari segi dalaman dan luaran. Badan nak pakai lama weihhh. Plus bila lagi nak memanjakan diri dlm tempoh 44 hari nih. Coz lps habis pantang kdg2 dah x sempat nak memanjakan diri. Betul tak?

cubalah sekarang!

Berpantang dengan Set Bersalin Lengkap dari Amway. Ada 10 barang plus FREE Bengkung. Terdiri daripada:
1) Teh Herba
2) Herba Lepas Bersalin 1
3) Herba Lepas Bersalin 2
4) Herba Pembersih Wanita
5) Herba Mandian
6) Campuran Peramping Perut
7) Campuran Penghangat 
8) Campuran Penenang
9) Minyak urut herba
10) Minyak Bayi

FREE 

Bengkung

Untuk pertanyaan/maklumat lanjut sila SMS/Whatsapp 0193229737 atau email: mornizawati@gmail.com

Tuesday, July 8, 2014

Sembelit selepas bersalin



Salam semua,

Dah sahur ker? Nih tgh bg 'sahur' tuk bb Qina while mr hubby n kids sedang bersahur kat bawah.

Hari nih topik yang hendak dikongsi ialah Sembelit selepas bersalin. Sembelit adalah situasi yang paling ditakuti okeh ibu-ibu yang berpantang esp pada minggu 1-2 berpantang. Ini kerana ianya berkaitan dengan luka jahitan. 

Sewaktu saya berpantang anak pertama saya mengalami masalah sembelit. Ini krn saya tidak mempunyai ilmu bagi mengelakkan sembelit. Tambahan pula sewaktu itu saya tidak minum air masak yg byk plus tiada sayur dlm menu berpantang saya. 

Selalunya selepas bersalin, gynae akan prescribed ubat utk lembutkan najis. Tetapi x boleh consume selalu. 

Selalunya saya tidak akan consume Duphalac ini. Apa yang saya amalkan ialah:

1) Memastikan setiap menu berpantang saya mempunyai sayur. Fav. saya ialah sawi masak air.

2) Memastikan nasi yang dimakan ialah nasi yang lembut sedikit ataupun trus bubur.

3) Minum air 3 Liter sehari. Tapi jgn la pi telan sekaligus air tersebut. Apa yg boleh diamalkan ialah minuk segelas air sebelum dan selepas menyusukan baby derta selepas makan. 

4) Mengambil 4 biji OSTEMATRIX Shaklee sebelum tidur malam.

Ini kerana OSTEMATRIX Shaklee mengandungi Magnesium.Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlaku proses PERISTALSIS; iaitu suatu proses dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus dan menolak makanan ke perut. 

Alhamdulillah pengalaman saya pada pagi bangun tido setiap hari saya dapat membuang dengan mudah.

Selain daripada magnesium,OSTEMATRIX Shaklee ini mengandungi  nutrien kalsium,  fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan yang penting diperlukan oleh tubuh.


4 Cara OSTEMATRIX Shaklee membantu ibu-ibu yang berpantang ialah:
(1) Tidur malam yang lebih lena.
(2) Menghilangkan bisa pada kaki dan menyegarkan badan.
(3) Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas.
(4) Melawaskan sistem penghadaman terutamanya untuk memudahkan anda ‘membuang’ pada hari keesokannya.
(5) Menggantikan semula kalsium dalam tubuh ibu, dan elemen penting untuk ibu yang menyusukan dan juga bayi.

Untuk Konsultasi dan maklumat lanjut boleh berhubung dgn saya:

sms/whatsapp 0193229737
atau email mornizawati@gmail.com

Friday, July 4, 2014

Kisah kelahiran Nur Isryn Isqina

Salam semua,

Entry kali nih nak ceritakan pengalaman mengandungkan dan melahirkan cahayamata iswati yg ke empat nih.

kalau dulu tuk anak no 1-3 ada jugak cerita progress time pregnant tapi utk bb Qina nih kita summarykan dlm satu entry. Sorry Qina. Hormone pregnantkan bb Qina nih mmg buatkan mummy tunggung terbalik selama 9 bulan. hehhehe

Pengalaman mengandungkan bb qina amatlah mencabar. Mungkin niat mummy nih baby last kot. Coz kalu ikut pengalaman my mom waktu pregnnat adik bongsu kami dia yer the whole day sickness sampai la saat nak lahirkan bb.

So tau jer pregnant, trus datang la the whole day sickness. Mmg plan lps jer berjaya tawan Gunung Kinabalu mommy n daddy nak tambah anak. hehhehhe. Alhamdulillah rezeki 1 bulan slps tuh trus sah positive pregnant. Bermula la fasa pening muntah dll. Tapi sempat juga mommy n daddy gi honeymoon merangkap babymoon kat Krabi. Redahhhh

Kemudian masuk fasa x lalu mkn n nuntah so serahla diri kat hospital tuk warded n didripkan. Lps discharge lak, keluarlak brown stain aka bleeding. BerMC lah 2 minggu lebih mummy. Baik hati betul gynae Hosp Colombia Bukit Rimau nih. plus supercool n supportive. 

Bermula fasa asyik melepek jer kat rumah. Chef gantung periuk so bibik la yg masak tuk kids while mr hubby  akan susun kedai la. Yg pelik kali nih im prefer dok rumah compare g malls. Bila g nall, tgk org ramai trus ajak balik .Sian kids n mr hubby yg kurang kasih sayang. 😜

Hujung2 pregnant lak byk lak drama coz asyik dok rasa Braxton hicks sampai la 2 kali ke A&E n masuk labor room n warded. kasik suspend btul bb. But kali ke 3 betul2 bb nak keluar.

So pagi 20/6/2014 bangun tido tgk ada brown spot. Then terasa mild contraction dlm 1/2 jam.  Hr tuh juga ada perjumapaan ibubapa dan guru di school kids. Pergilah kami laki bini ke sekolah even bini terasa contraction. Siap menapak naik turun tangga tingkat 4 dok cari kelas Ichlas. Alhamdulillah hani yer performance memuaskan tp ada 2 subjek kena usaha lebih. plus x risau coz mommy selalu communicate ngan class teacher hani. Yg paling nak pi sgt coz nak jumpa cikgu Ichlas. Coz x ada medium nak communicate. As expecting, byk kena usaha tuk Ichlas. Mommy promise nanti dah sihat balik kita cover balik ok.

then balik rumah rest while mr hubby terpaksa ke office coz closing audit. Petang tuh dah terasa makin kerap n kuat sakit contraction. kul 5 whatsapp mr hubby n rush dia balik. Hajat hati nak ka suruh tapau kayu nasi kandar tp since jumaat petang trus suruh balik coz takut terberanak kat rumah. 

Legaaa bila mr hubby ada kat rumah. Just standby kat rumah. Monitor contraction around 5 mins apart. Waaa time tuh x tau nak bernafas mcm mana. Sblm2 nih apply breathing technique berkesan gak but kali nih hampeh. Do dlm kul 10.15 ajak g hosp serah diri. Mengharapkan kali nih betul2 punya. Sampai a&e trus masuk n MO interview sikit siap kata oklah tuh still leh gelak. Then dibawa ke labor room tuk ctg dan buat VE. Yg best jumpa midwives yg sama waktu 2nd time datang hr tuh. So dia check 3cm n dia kata kali nih betul2 leh bersalin.Trus dia prepare apa yg patut, call Dr Siti n asked mr hubby g register. I asked Epidural kali nih Dia bg ubat utk berak n lps tuh sah selesai hajat n buat balik VE dah 6cm. Trus dia kata x sempat nak epidural dah nih. huwaaa kejammmm.

Kali nih x reti nak bernafas plus hidung tersumbat coz selsema. sedut gas pun mcm x berkesan n tetiba rasa nak meneran. Trus midwives standby n tunggu Dr Siti sampai. yg lawak yer punya pengecut kali nih sapa nak buat VE dapat warning buat slow2. Even Dr Siti nak pecahkan air ketuban mommy leh suruh hold kejap. Time tuh nng balun sedut gas but awat tah x berkesan. So dalam 3 kalu teran keluarkan bb Qina. Diletaknya baby atas dada.Lega. 

Jadi bb qina lahir tepat pukul 11.51pm dgn berat 2.95kg pada 20/6/2014.


Lepas tuh episod nak cucuk ubat bius pun drama lagi ngan Dr Siti. Siap suruh hold kejap. Hahahha . Dr Siti pujuk x boleh hold coz nanti ubat bius habis lagi sakit n she asked me sedut gas. waaa rasa gak. Drama betul mommy nih. Then dah selesai br leh focus kat baby. I asked to bfeed baby. midwive bawak baby n trus i bfeedkan baby. Best moment ever after drama before this. hahhahha mommy manja.



Thursday, July 3, 2014

Set Bersalin Amway-Herbal bath & Herbal wash

Salam semua.

Syukur hari ini dah hari ke 15 berpantang. Tempoh berpantang saya yang best compare tempoh mengandung saya. Sebab sepanjang tempoh memgandung saya jd seorang yg asyik x sihat. Keluar masuk ward pun berapa kali.

Tapi tempoh berpantang saya memang awesome.  x stress n rileks. Terima kasih kepada en suami, mak tersayang dan juga bibik yang banyak membantu menjaga maktang nih( mak pantang). BB Qina pun baik sangat. Minum susu berak tido. tu jer rutin dia. Alhamdulillah.

hari nih nak bercerita pasal Herbal Wash dan Herbal Bath dari Set Bersalin Amway. Amat sesuai bagi yang berpantang sendiri coz mudah disediakan. Tujuannya ialah untuk membersihkan dan menyegarkan miss v dan badan.



Herbal wash atau herba pembersih wanita digunakan untuk membersihkan Miss V. Produk ini boleh digunakan serta merta selepas bersalin selama 20 hari. Herba pembersih ini digunakan sebanyak 2 kali sehari sewaktu mandi pagi dan mandi petang.

Untuk menyediakan herba pembersih ini:
1) Rendamkan 1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau
2) Untuk larutan yg lebih pekat, didihkan satu uncang dalam 1 liter air selama 15 minit.

sejukkan larutan sehingga suam-suam kuku atau tuang pati panas  dalam besen bulat dan campur dengan 1 liter air utk mendapatkan larutan yang suam.  Letakkan besen dibingkai mangkuk tandas dan duduk di atas larutan tersebut. rendamkan bahagian miss v. Setiap uncang boleh digunakan 2 kali.

Untuk herba mandian, ibu berpantang boleh menggunakan produk ini pada hari ke 4 hingga hari ke 20.

Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit. Tuangkan pati ke dalam baldi dan tambahkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam. Gunakan sebagai air mandian. Ibu pantang akan berasa segar apabila mandi memggunakan air herbal ini.

cubalah sekarang!

Berpantang dengan Set Bersalin Lengkap dari Amway. Ada 10 barang plus FREE Bengkung. Terdiri daripada:
1) Teh Herba
2) Herba Lepas Bersalin 1
3) Herba Lepas Bersalin 2
4) Herba Pembersih Wanita
5) Herba Mandian
6) Campuran Peramping Perut
7) Campuran Penghangat 
8) Campuran Penenang
9) Minyak urut herba
10) Minyak Bayi

FREE 

Bengkung

Untuk pertanyaan/maklumat lanjut sila SMS/Whatsapp 0193229737 atau email: mornizawati@gmail.com

Tuesday, July 1, 2014

Set Bersalin Amway- Teh Herba

Salam Semua!

Hari ini hari ke 11 berpantang. Semlm hari ke 10 hari terakhir saya consume Teh Herba.

Hari ini saya akan memulakan makan pil selepas bersalin 1. saya akan consume slps makan tengahari nanti.

Jadi hari ini saya nak cerita lebih lanjut salah satu component dlm Set Bersalin Amway nih iaitu Teh Herba.


Setiap set akan mempunyai 10 uncang teh herba seberat 2gm. Teh herba ini perlu diambil dari hari ke 5 hingga hari ke 10 iaitu 5 hari.Pengambilannya ialah 2 kali sehari iaitu digalakkan minum selepas lunch dan dinner.

Caranya dengan rendam 1 uncang ke dalam satu gelas air panas selama 5 minit. Minum ketika teh herba itu masih panas. Digalakkan meletakkan 1 sudu teh madu jika mahu.

Teh herba ini byk kebaikannya iaitu:
1) Untuk mencergaskan semula badan ibu selepas bersalin
2) memperbaiki laktasi
3) menghangatkan tubuh badan ibu yg berpantang
4) mempercepatkan penyembuhan luka2 dalaman.

cubalah sekarang!

Berpantang dengan Set Bersalin Lengkap dari Amway. Ada 10 barang plus FREE Bengkung. Terdiri daripada:
1) Teh Herba
2) Herba Lepas Bersalin 1
3) Herba Lepas Bersalin 2
4) Herba Pembersih Wanita
5) Herba Mandian
6) Campuran Peramping Perut
7) Campuran Penghangat 
8) Campuran Penenang
9) Minyak urut herba
10) Minyak Bayi

FREE 

Bengkung

Untuk pertanyaan/maklumat lanjut sila SMS/Whatsapp 0193229737 atau email: mornizawati@gmail.com

Set Bersalin Amway- Pil Lepas Bersalin 1 & 2

Hari nih dah start consume Pil Lepas Bersalin 1 dari Set Bersalin Amway. 

Setiap botol mempunyai 60 kapsul. Pil lepas Bersalin 1 nih untuk diambil selama 15 hari, mulai hari ke 10 selepas bersalin. 2 kapsul diambil dua kali sehari selepas makan. Elok diambil pada waktu pagi dan petang.


Kapsul dalam bentuk ini amatlah mudah ditelan terutamanya kalau sapa yg kenal saya akan tau betapa susahnya nak telan ubat or vitamin.,hehehhehe. Tapi yg nih senang sgt nak telan.


Pengambilan pil ini amatlah bagus untuk dalaman ibu yang berpantang. Seperti teh herba juga, pil nih amat bagus utk:

1) Untuk mencergaskan semula badan ibu selepas bersalin
2) memperbaiki laktasi
3) menghangatkan tubuh badan ibu yg berpantang
4) mempercepatkan penyembuhan luka2 dalaman.

cubalah sekarang!

Berpantang dengan Set Bersalin Lengkap dari Amway. Ada 10 barang plus FREE Bengkung. Terdiri daripada:
1) Teh Herba
2) Herba Lepas Bersalin 1
3) Herba Lepas Bersalin 2
4) Herba Pembersih Wanita
5) Herba Mandian
6) Campuran Peramping Perut
7) Campuran Penghangat 
8) Campuran Penenang
9) Minyak urut herba
10) Minyak Bayi

FREE 

Bengkung

Untuk pertanyaan/maklumat lanjut sila SMS/Whatsapp 0193229737 atau email: mornizawati@gmail.com

Monday, June 30, 2014

Pusat dah tanggal

Yeay!!!! semalam petang pusat bb Qina dah tanggal la. Masin mulut daddy kata pusat bb Qina akan tanggal petang semalam.

Lega dah tanggal coz senang nak handle bb Qina time bagi mandi n juga nak tukarkan diaper. coz takut tgk dia terjuntai n also time nak sapu dgn ubat provided by hospital. kdg rasa geram jer rasa nak cabut tp dont worry yer mummy dia nih masih waras. 😝


Welcome to Iswatie's Family

Welcome bb Qina to Iswatie's Family.

Baby no 4 n maybe yg bongsu kot 😜

Isnin lepas daddy dah gi register nama di Jabatan Pendaftaran Negara. 

Jadi nama yg didaftarkan ialah "NUR ISRYN ISYQINA BT ISWANDI" yg bermaksud " CAHAYA PERJANJIAN CINTA KAMI"


Semoga bb Qina dibesarkan dalam lindungan Allah SWT dan dibesarkan dgn penuh kasih sayang kami sekeluarga. Moga anak2 kami semua menjadi pengikat kasih sayang mummy n daddy sepanjang hayat. Aminn

Saturday, June 28, 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa dan berterawih. Kami sekeluarga memohon maaf sekiranya ada tersilap kata dan perlakuan. Semoga kita semua diberi peluang untuk menghabiskan Ramadhan yg bermakna ini. Semoga amalan kita sepanjang bulan mulia ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.


From: Iswatie & Co




Set Bersalin Tropical Herbs dari Amway

Hari ini dah hari ke-8 saya berpantang.
Alamak baru 8 hari rupanya saya berpantang. Ingat dah mcm 2-3 minggu dah saya berpantang.

Point kat sini bukan rasa lama sangat jam berlalu tapi lebih kepada tubuh badan saya yang dah kuat dalam tempoh seminggu nih.  Even luka jahitan pun dah kering dan tidak sakit.

Ini kerana saya mengambil Set Bersalin Tropical Herbs dari Amway. Set bersalin ini amat sesuai untuk ibu berpantang untuk penjagaan dalaman dan luaran.

Anak2 saya memang sensatif. Kalu saya makan set bersalin jenama lain trus muka mereka naik rashes. Tetapi pengalaman saya menggunakan set bersalin amway ini baby2 saya tidak mempunyai masalah rashes mahupun perut kembung.

Selain itu, ramai ibu yg akan berpantang akan mengambilkira penggunaan jamu sekiranya baby mereka mempunyai jaundice. Mesti ibu2 akan tinggalkan jamu memandangkan baby jaundice. Tetapi utk pengetahuan ibu-ibu yang masih mempertimbangkan set bersalin yang akan digunakan, Set bersalin Amway hanya digunakan pada hari ke 5 iaitu ibu berpantang hanya consume Teh Herba dari hari ke 5 hingga hari 10. Ini kerana jaundice baby boleh dikesan pada hari 2 atau hari ke 3. Teh herba ini tidaklah mempengaruhi jaundice baby. Amalkan teh herba ini seperti arahan yang dinyatakan. 


Berpantang dengan Set Bersalin Lengkap dari Amway. Ada 10 barang plus FREE Bengkung. Terdiri daripada:
1) Teh Herba
2) Herba Lepas Bersalin 1
3) Herba Lepas Bersalin 2
4) Herba Pembersih Wanita
5) Herba Mandian
6) Campuran Peramping Perut
7) Campuran Penghangat 
8) Campuran Penenang
9) Minyak urut herba
10) Minyak Bayi

FREE 

Bengkung

SMS/Whatsapp 0193229737 atau email: mornizawati@gmail.com

Thursday, June 26, 2014

I'm back!

Assalamualaikum W.R.T,

auchummmmm mak aiii byk yer habuk, debu, sawang dan sebagainya.

nih tahap panggil part time maid meh cuci balik blog nih. hehehe

alasan apa yer nak bg yer? x ada masa, busy ker? alamak semua pakat dapat masa 24jam sehari. sibuk berfb n instagram n wasap kot?

tp ada alasan pregnant kot n the whole day sickness kot. yg nih lg kena kot.

Alhamdulillah its over. sy dah slmt pun lahirkan lil munchkin pada jumaat tgh mlm yg lps. so welcome baby n 90 hari cuti bersalin. 

hopefully dapat la berkarya kembali kat blog kesayangan nih. hehehe

2013 Copyright © iswatie.blogspot.com. Designed by Rekaneka.com.