last week sedang bergolek-golek bb Qina yg bam bam tetiba dapat call dr seorang sahabat Sheila.
Dia tanya pasal dessert sewaktu kdr aqiqah bb Qina baru-baru nih. Actually dia mkn pavlova or triffle tp tak tau nama n dia kata sedap. Dia nak suruh buat coz kat opis dia ada potluck.
So lps berbincang decided nak tolong buat tuk dia Bread pudding with custard sauce coz yg tuh rasa mcm confident nak buat n testimoni dr husband kata my bread pudding sedap.
Petang tuh sheila kirim roti n bekas tuk buat bread pudding pada husband dia n pass pada my husband. tudia byk btul party involved.
so jadi la bread pudding n sos kastard dan terima kasih kpd mr husband yg tolong delivery lagi.
Feedback dr Sheila kata sedap n licin. Lega makkkk
Selepas tuh kawan2 sekolah menengah dok bertanyakan resepi. Jadi alang-alang nak taip tuk depa so taip sekali dlm blog nih so boleh la sapa2 nak cuba buat.
Resepi Choc Chip Puding Roti dan Sos Kastard
Bahan-Bahan Puding Roti:-
Bahan A
500ml susu segar
8 Keping roti putih
Bahan B
4 sudu makan gula
2 sudu makan mentega
2 biji telur
1 sudu teh Esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung
Bahan C
1/2 cawan choc chip
Bahan D (sos kastad)
200ml susu segar
2 sudu gula
1/4 cawan susu segar dibancuh dgn 1 sudu tepung kastard
Cara-Cara:-
1. Satukan bahan A, koyakkan roti dan rendam roti sehingga kembang
2. Pukul bahan B sehingga sebati (telur, tepung kastad, gula & mentega)
Adunan macam ketul2 sikit disebabkan oleh mentega.tapi takpe rasanya, nanti masuk oven dia akan cair..
3. Campur adunan telur ke dalam adunan roti, kemudian masukkan choc chip dan masukkan dalam loyang
4. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit. Ini bergantung pada oven masing-masing. Saya guna oven Jenama Fagor.
5. Untuk sos kastad, panaskan susu segar bersama gula. Apabila gula sudah larut, masukkan bancuhan tepung kastard dan kacau hingga pekat.
** kalau x mo choc chip, anda boleh ganti dgn kismis.
Ichlas tanya tuk rumah x buat ka trus zass buat tuk dia gak. kawan mengulang makan siap bawa bekal pi sekolah lagi. hehhehe dah lama mummy dia x buat kan. nih mummy dah sihat n rajin makan la korang sampai muak. hahahhaha
Thanks Sheila coz bagi kepercayaan dan niat nak membantu kami. ok starting tuk menabung deposit kereta Vellfire bg menggantikan estima yg hilang. hahah harapan tinggi menggunung tuh. cepat korang aminkan.
Btw, selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment
ur comment?