Seronok pula bercuti lama-lama sempena maternity leave 90 hari. Itu pun saya tambah bercuti 7 hari. Ikut hati nak jer ambik cuti sampai hujung tahun.
yang pasti bila berada dirumah sy perlu pastikan kids dapat makanan 'air tangan' ibu iaitu saya. Setelah almost 1 year saya tidak masak so masa untuk beraksi didapor. Kepuasan apabila kita memasak makanan kesukaan kids dan mereka menghabiskan makanan tersebut, nak bawa bekal serta memuji betapa sedapnya makanan tersebut.
Seperti semalam saya telah membuat laksa penang, pizza dan juga karipap sardin.
Sebenarnya pizza saya telah frozenkan dan cuma bakar di oven tetapi spt semlm saya terbangun lambat jd x sempat utk membakar pizza tersebut. selamat bibik menggoreng karipap yg telah difrozenkan sewaktu saya belajar membuat karipap dari ibu saya yg kebetulan stay di rumah saya.
yang bagusnya kuah laksa saya tidak masukkan belacan. Itu sebabnya saya masak sendiri compare beli di gerai yg confirm letak belacan.Dan juga tidak pedas. Tapi tukang buat x dapat nak mkn coz masih berpantang 100 lagi maaa
selain itu pizza yg dibuat sdr adalah jaya dengan topping coz haruslah kita x kedekut topping tp kalu menjual mmg x leh la kaya sgt topping coz x balik modal lak.
petang pula cuba praktik kembali apa yg dipelajari sewaktu mak ada dirumah kami iaitu membuat karipap. Kali ini saya mencuba membuat karipap sardin. Alhamdulillah menjadi jugak karipap sardin. Kids kata SEDAP!
so hari nih dok pk nak masak apa lak tuk lunch nanti. lps nih nak try buat donut pulak coz fav kids juga. wish me luck!
Love,
Iswatie
No comments:
Post a Comment
ur comment?