Thursday, July 3, 2014

Set Bersalin Amway-Herbal bath & Herbal wash

Salam semua.

Syukur hari ini dah hari ke 15 berpantang. Tempoh berpantang saya yang best compare tempoh mengandung saya. Sebab sepanjang tempoh memgandung saya jd seorang yg asyik x sihat. Keluar masuk ward pun berapa kali.

Tapi tempoh berpantang saya memang awesome.  x stress n rileks. Terima kasih kepada en suami, mak tersayang dan juga bibik yang banyak membantu menjaga maktang nih( mak pantang). BB Qina pun baik sangat. Minum susu berak tido. tu jer rutin dia. Alhamdulillah.

hari nih nak bercerita pasal Herbal Wash dan Herbal Bath dari Set Bersalin Amway. Amat sesuai bagi yang berpantang sendiri coz mudah disediakan. Tujuannya ialah untuk membersihkan dan menyegarkan miss v dan badan.



Herbal wash atau herba pembersih wanita digunakan untuk membersihkan Miss V. Produk ini boleh digunakan serta merta selepas bersalin selama 20 hari. Herba pembersih ini digunakan sebanyak 2 kali sehari sewaktu mandi pagi dan mandi petang.

Untuk menyediakan herba pembersih ini:
1) Rendamkan 1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau
2) Untuk larutan yg lebih pekat, didihkan satu uncang dalam 1 liter air selama 15 minit.

sejukkan larutan sehingga suam-suam kuku atau tuang pati panas  dalam besen bulat dan campur dengan 1 liter air utk mendapatkan larutan yang suam.  Letakkan besen dibingkai mangkuk tandas dan duduk di atas larutan tersebut. rendamkan bahagian miss v. Setiap uncang boleh digunakan 2 kali.

Untuk herba mandian, ibu berpantang boleh menggunakan produk ini pada hari ke 4 hingga hari ke 20.

Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit. Tuangkan pati ke dalam baldi dan tambahkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam. Gunakan sebagai air mandian. Ibu pantang akan berasa segar apabila mandi memggunakan air herbal ini.

cubalah sekarang!

Berpantang dengan Set Bersalin Lengkap dari Amway. Ada 10 barang plus FREE Bengkung. Terdiri daripada:
1) Teh Herba
2) Herba Lepas Bersalin 1
3) Herba Lepas Bersalin 2
4) Herba Pembersih Wanita
5) Herba Mandian
6) Campuran Peramping Perut
7) Campuran Penghangat 
8) Campuran Penenang
9) Minyak urut herba
10) Minyak Bayi

FREE 

Bengkung

Untuk pertanyaan/maklumat lanjut sila SMS/Whatsapp 0193229737 atau email: mornizawati@gmail.com

No comments:

Post a Comment

ur comment?

2013 Copyright © iswatie.blogspot.com. Designed by Rekaneka.com.