Pages

Monday, May 6, 2013

PRU 13



5 Mei 2013 adalah hari bersejarah bagi Malaysia sebab ia adalah Hari Pilihanraya Malaysia yang ke 13  PRU 13.



Memandangkan x ada rezeki nak pi mengundi maka semlm tercongak la kami laki bini depan tv tgk result. kul 10 mak dah surrender. tgk mr hubby jer setia but x tau kul berapa mr hubby pun tido.

Pagi nih bangun kul 5 terus google, tgk FB and instagram tuk tengok sapa yang menang n sapa yang kalah.
Berikut maklumat yang saya dapat dari laman web BERITA HARIAN :

Keputusan terkini kerusi Parlimen setakat jam 4.13 pagi;
BN: 133, PAS: 21, DAP: 38, PKR: 29


Yang Pasti, KELANTAN, PULAU PINANG DAN SELANGOR masih lagi dikuasai oleh Pihak Pembangkang manakala KEDAH berjaya dirampas.

Yang perlu dihighlight ialah negeri PULAU PINANG. Nampak gaya orang Melayu mesti belajar sesuatu dari kemenangan besar DAP di Pulau Pinang. Selamat la Balik Pulau orang Melayu yang. Mereka yang kami harap untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu di Pulau Pinang.

Kalau kita perhati even GERAKAN VS DAP, nampak gaya trend warga cina akan memilih warga Cina dari DAP. agak2 kenapa yer? korang ulas lah sdr...

APA PUN DIUCAPKAN TAHNIAH KEPADA CALON-CALON YANG MENANG. Harapan saya sebagai rakyat Malaysia agar YB-Yb sekali mengotakan segala janji2 yang ditabur sepanjang tempoh 2 tahun berkempen. Pertingkatkan usaha mempertahankan Bangsa Melayu Di Malaysia. Jgn fikir nak kaut projek juta-juta, nak beli cincin juta2.

KEPADA CALON-CALON YANG KALAH, Jgn putus asas. Teruskan perjuangan anda. Teruskan menjadi pembangkang kepada YB-YB yang menang agar mereka tidak terleka.

HIDUP MELAYU!!!!

No comments:

Post a Comment

ur comment?

2013 Copyright © iswatie.blogspot.com. Designed by Rekaneka.com.