Saturday, May 4, 2013

Produk Anti Penuaan

Pengenalan
Setiap insan pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai kulit yang sentiasa kelihatan muda dan menawan. Namun, sejauh mana keinginan tersebut dapat direalisasikan? Selain daripada menjaga pemakanan dan melakukan senaman, produk anti-penuaan turut menjadi pilihan bagi sesetengah individu untuk memelihara kulit daripada kesan penuaan. Proses penuaan kulit dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu proses semulajadi dalam badan dan kesan persekitaran. Antara faktor persekitaran yang boleh menjejaskan struktur kulit adalah cahaya matahari, asap serta pendedahan kepada bahan kimia tertentu. Pendedahan berterusan terhadap sinaran matahari adalah punca utama yang menyebabkan kesan penuaan kulit pramatang. Kesan penuaan kulit selalunya dapat dilihat dengan wujudnya garis-garis halus atau kedutan, kulit kendur, kasar dan kusam pigmentasi, serta tona warna kulit yang tidak sekata. Oleh yang demikian, kita seringkali melihat iklan di kaca tv atau majalah tentang produk anti penuaan yang menjurus kepada produk yang boleh membantu untuk mengurangkan atau melindungi kulit daripada kesan penuaan tersebut.

Kandungan Dalam Produk Anti Penuaan
Terdapat pelbagai jenis formulasi produk anti penuaan yang boleh ditemui di pasaran. Berikut adalah bahan-bahan yang biasa ditemui dalam produk sedemikian:
  1. Antioksida
    Kulit manusia mempunyai bahan antioksida semulajadi yang berfungsi untuk melindungi daripada kesan radikal bebas yang boleh merosakkan struktur kulit. Radikal bebas terhasil akibat daripada pendedahan terhadap cahaya matahari dan sebagainya. Antioksida semulajadi yang telah dikenalpasti untuk melindungi kulit adalah terdiri daripada Vitamin A,C,E, squalene dan coenzyme Q10. Namun, paras antioksida dalam badan akan menurun dengan peningkatan usia dan juga akibat daripada pendedahan yang berterusan kepada sinaran matahari. Jadi, penggunaan produk kosmetik yang mengandungi bahan-bahan antioksida tersebut dipercayai dapat membantu untuk mengurangkan kesan-kesan penuaan terutamanya dari segi pengurangan kedutan dan meningkatkan ketegangan kulit yang mengendur. Selain daripada antioksida semulajadi, formulasi kosmetik turut menggunakan bahan alpha lipoic acid (ALA). ALA juga merupakan sejenis antioksida yang baik namun bahan ini tidak dihasilkan secara semulajadi dalam badan.

  2. Vitamin (Vitamin A, B, C dan E)
    Terdapat banyak kajian yang dilakukan ke atas keberkesanan vitamin A dan bahan terbitannya untuk menangani masalah kedutan, pigmentasi dan masalah kulit yang tidak bermaya serta turut digunakan untuk rawatan jerawat. Vitamin A yang biasa digunakan bagi tujuan tersebut adalah retinoic acid (tretinoin), retinol, retinaldehyde dan retinyl palmitate.
    Untuk mengelakkan kesan samping yang tidak diingini, penggunaan produk yang mengandungi tretinoin hanya dibenarkan dengan pengawasan dan nasihat daripada professional kesihatan. Produk tersebut tidak digalakkan untuk kegunaan ibu yang hamil kerana risiko kemudaratan ke atas bayi yang dikandung. Produk yang mengandungi tretinoin adalah dikawal sebagai ubat terkawal dan perlu berdaftar dengan pihak berwajib. Formulasi sedemikian hanya boleh diperolehi daripada hospital,klinik atau farmasi sahaja.
    Penggunaan bahan terbitan vitamin A yang lain pula boleh digunakan dalam formulasi kosmetik yang boleh diperolehi di kedai biasa atau kaunter kosmetik. Ini kerana bahan-bahan tersebut didapati kurang poten berbanding tretinoin.
    Vitamin B yang biasa ditemui dalam krim kosmetik adalah niacinamide(B3),nicotinamide dan DMAE. Walaupun data dari segi keberkesanannya adalah terhad, bahan-bahan tersebut dipercayai dapat membantu untuk mengurangkan kesan penuaan termasuk membantu untuk mencerahkan kulit.
    Terdapat banyak kajian yang menyokong keberkesanan vitamin C sebagai agen anti penuaan. Antara peranan utama vitamin C pada lapisan kulit adalah dalam penghasilan kolagen. Kolagen penting untuk mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit.
    Vitamin E (tocopherols atau tocotrienols) menghalang radikal bebas daripada memudaratkan kulit. Penggunaan vitamin E secara kombinasi dengan vitamin C didapati dapat memberikan kesan anti penuaan yang lebih berbanding penggunaan vitamin E secara tunggal.

  3. Alpha Hydroxy Acids (AHA)
    AHA merupakan bahan semulajadi yang boleh ditemui dalam makanan. Glycolic acid dan lactic acid adalah merupakan jenis AHA yang paling kerap digunakan dalam sediaan kosmetik. Antara yang menarik tentang AHA; glycolic acid boleh ditemui dalam tebu manakala lactic acid pula boleh ditemui dalam susu masam dan jus tomato.
    AHA bertindak untuk mengeluarkan lapisan kulit yang mati dan seterusnya menggalakkan penumbuhan sel kulit yang baru. Keberkesanan AHA sebagai agen anti penuaan amat bergantung kepada kepekatan bahan yang digunakan. Penggunaan produk yang mengandungi AHA boleh menyebabkan kesan terbakar jika terdedah kepada cahaya matahari. Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk memakai pakaian pelindung seperti cermin mata hitam, topi serta memakai produk pelindung matahari (sunscreen) semasa dan seminggu selepas menggunakan produk tersebut.

  4. Bahan Pelembab
    Kelembapan kulit adalah penting untuk mengekalkan penampilan kulit yang sihat dan cantik. Lapisan luar kulit terdiri daripada membran lipid yang bertindak untuk menghalang kehilangan air dan memerangkap kelembapan bagi mengekalkan struktur kulit yang lembut dan anjal. Bahan pelembap berfungsi untuk menyokong peranan utama membran lipid tersebut. Antara bahan pelembap yang sering digunakan dalam produk anti penuaan adalah petroleum, lanolin, minyak mineral, minyak sayuran, glycerine, propylene glycol, urea dan sebatian lilin (waxes).

  5. Pentapeptides
    Bahan yang berasaskan pentapeptides didapati dapat membantu dalam meningkatkan penghasilan kolagen dan seterusnya mengurangkan kedutan dan memperbaiki tekstur kulit yang kasar. Bahan yang turut dikenali dengan nama dagangan Matrixyl ini mula mendapat perhatian industri kosmetik semenjak tahun 2002.

  6. Bahan daripada sumber tumbuhan
    Tumbuhan juga turut mengandungi agen antioksida semulajadi yang bertindak untuk mengekang kerosakan sel tumbuhan yang diakibatkan oleh radikal bebas. Agen tersebut dikenali sebagai polyphenol. Antara jenis polyphenol yang biasa digunakan adalah bioflavonoid, anthocyanin, catechin, hydroxycinnamic acid, hydroxybenzoic acid dan proanthocyanidin. Melihat kepada potensi bahan tersebut, kajian lanjut berkenaan keberkesanannya sebagai agen anti penuaan perlu dijalankan dengan lebih lanjut untuk menyokong tuntutan bahan tersebut sebagai agen anti penuaan dari sumber semulajadi.
Kesimpulan
Tahap kesan penuaan mungkin tidak sama dari seseorang individu dengan individu yang lain bergantung kepada mekanisme perlindungan semulajadi dalam badan serta akibat daripada pendedahan kepada persekitaran yang berbeza-beza. Apabila umur semakin meningkat, sesetengah individu mungkin hanya mengalami masalah kedutan dan kulit kering manakala sesetengah individu yang lain pula mungkin berhadapan dengan masalah kulit yang lebih teruk. Oleh yang demikian, pengguna perlu bijak memilih produk yang bersesuaian dengan jenis dan pemasalahan kulit yang dihadapi.

Pengguna juga perlu mendapatkan maklumat yang secukupnya sebelum mencuba sesuatu produk dengan cara merujuk kepada label produk. Sekiranya menghadapi masalah kulit yang teruk, mereka dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar kecantikan yang bertauliah. Penggunaan produk anti penuaan boleh dianggap sebagai salah satu kaedah untuk membantu memelihara kulit dan pengguna mungkin turut memerlukan kaedah lain untuk menangani kesan penuaan kulit yang dihadapi.

Seperti yang dapat kita lihat di pasaran, produk anti penuaan terdiri daripada pelbagai jenis ramuan yang berbeza. Kesan sesuatu produk mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.Sekiranya mengalami kesan sampingan setelah menggunakan produk tertentu, pengguna adalah dinasihatkan untuk segera berhenti menggunakannya dan berjumpa dengan doktor sekiranya perlu. Pengguna juga dinasihatkan untuk melaporkan kesan samping yang serius akibat daripada penggunaan produk tertentu kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Bagi memastikan status notifikasi produk dengan BPFK, pengguna boleh merujuk kepada laman sesawang www.bpfk.gov.my. Pengguna turut dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih produk dalam pasaran serta tidak membeli produk daripada sumber yang diragui.

Source : HERE

************************************************************************************
  


Revolusi Terbaru dari Shaklee
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

HARGA PASARAN : RM 475.00 (150ML)

HUBUNGI SAYA UNTUK HARGA PALING RENDAH  

SMS/WHATSAPP/VIBER/WECHAT : 019-3229737

EMAIL : mornizawati@gmail.com

FACEBOOK FANPAGE : KeluargaSihatDanBahagia  

BLOG : Keluarga Sihat Dan Bahagia 



No comments:

Post a Comment

ur comment?

2013 Copyright © iswatie.blogspot.com. Designed by Rekaneka.com.