POTONG
Terimalah hakikat yang anda perlu memotong rambut, walaupun anda sedang cuba membiarkan rambut anda panjang. Kerap menggunting sedikit rambut akan menjadikan anda kelihatan segar serta menyingkirkan rambut yang kering dan rosak. Kerap melakukannya akan mencegah lebih banyak rambut putus. Seinci pun akan membawa perbezaan yang besar!
BIARKAN IA KERING SENDIRI
Tahan diri daripada mengeringkan rambut dengan tuala. Menggosok rambut dengan tuala akan menyebabkan kutikel rambut terangkat dan mengakibatkan penampilan keriting halus yang tidak diingini. Tekap rambut anda hingga kering dan biarkan udara melakukan selebihnya.
KURANGKAN PENGGUNAAN HABA
Kurangkan penggunaan alat penggayaan sebanyak mungkin. Terlalu banyak menggunakan pengering rambut, pelurus rambut, pengikal dll boleh merosakkan rambut anda. Kerap menggunakan alat penggayaan haba ini pada rambut anda akan menyebabkan hujung rambut bercabang dan rambut putus yang sukar dibaiki lama-kelamaan.
GUNAKAN PERAPI, GUNAKAN PERAPI, GUNAKAN PERAPI
Jadikan perapi sebagai sebahagian daripada rutin harian anda. Perapi bertindak sebagai agen pelicin untuk menyekatakan kutikel rambut untuk memberikan anda rambut yang kelihatan lebih sihat. Walaupun anda tidak seharusnya mencuci rambut anda setiap hari, sapu perapi bersaiz sebiji kacang pis pada rambut setiap hari untuk rambut yang kelihatan lebih licin, lebih lembut. Jika rambut anda rosak, pergi selangkah lebih jauh dengan menggantikan perapi dengan masker penggiat 2-3 kali seminggu.
LEPASKAN RAMBUT ANDA
Beri peluang rambut anda ‘berehat’. Jangan sentiasa mengikat atau menocang rambut anda. Mengikat rambut anda menyebabkan ia ditarik dan disentap yang memberikan tekanan berlebihan kepada folikel anda yang sensitif. Kerap melakukannya akan menyebabkan rambut putus dan ‘lekuk’.
----------------------------
Memperkenalkan penjagaan rambut untuk abad ke-21. Satu koleksi yang lengkap yang terdiri daripada syampu, perapi, rawatan dan penggaya yang dikuasakan oleh ENERJUVE™ yang eksklusif iaitu kompleks nutrien bercas positif berpaten yang diperkuat untuk mentenaga dan menjadikan rambut menawan dari dalam ke luar. Rumusan SATINIQUE adalah berdasarkan keperluan rambut, dari kelebatan hingga membaiki dan lebih lagi.
Semuanya dikategorikan mengikut warna-warna terang supaya lebih mudah untuk anda mencari produk yang tepat untuk anda.
No comments:
Post a Comment
ur comment?