Pages

Tuesday, February 28, 2012

TPM rasmi hari pengasasan taman tema kanak-kanak KidZania Kuala Lumpur

weeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...we got the free invitation..yahoooooooooooooooooo


PETALING JAYA 27 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merasmikan upacara hari pengasasan KidZania Kuala Lumpur, taman tema kanak-kanak di The Curve NX, Mutiara Damansara di sini sempena pembukaan rasminya esok.

KidZania merupakan sebuah pusat didik hibur keluarga yang menawarkan pengalaman pembelajaran dan hiburan secara interaktif untuk kanak-kanak, yang pertama seumpamanya beroperasi di Malaysia.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Themed Attractions and Resort Sdn Bhd, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin, yang juga pemaju projek, turut dihadiahkan dengan kunci ke Kota KidZania, untuk disampaikan kepada badan-badan amal pilihan beliau untuk undangan terbuka selama empat hari ke taman itu.

Timbalan Perdana Menteri turut melawat taman tema berkeluasan lebih 80 meter persegi itu selama sejam sambil menyaksikan beberapa aktiviti seperti rock climbing, memadam kebakaran serta simulasi penerbangan.

Bayaran masuk ke taman yang boleh memuatkan 1,700 orang pada satu-satu masa itu ialah RM55 bagi kanak-kanak dan RM35 untuk dewasa. – BERNAMA

3 comments:

  1. patutlah Genius Aulad charge RM70untuk ke sana..huhuhu kopaksss kopakssss *takperlah demi anak*

    ReplyDelete
  2. Nnt jgn lupe update citer seterusnya k, and have fun ^_*

    ReplyDelete
  3. beb..aku setia tungu cerita psl kidzania nih

    ReplyDelete

ur comment?

2013 Copyright © iswatie.blogspot.com. Designed by Rekaneka.com.