Pages

Friday, August 28, 2015

Resepi Mee Sizzling mudah dan confirm sedap!




Salam Jumaat semua

Hari nih ambil annual leave. Pagi hantar kids g school dan g jumpa supplier ambil barang.

Then tetiba Zaila up kat FB dia resepi Mee Sizzling which menu wajib kids. Dalam sebulan at least 2 kali menu nih. Normally kami x guna yee mee coz x jumpa yg halal punya so opted to Spagetti or mee kuning.

So alang-alang meh nak share resepi:

Sizzling Mee


 
Resepi Sizzling Yee Mee ( untuk 5 orang nih)

 
9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)
2-3 inci halia ( hiris nipis)
5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3) nak pedas boleh lebihkan..
sebelah dada ayam
sebungkus cendawan shitake
sos tiram
kicap pekat dan kicap cair
serbuk lada hitam
sesudu kecil minyak bijan
4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)
3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
sayur sawi
yee mee 
 

Cara:
tumis bawang putih, halia dan cili kering bila hingga kekuningan
masukkan ayam kemudian sedikit air..
masukkan cendawan..
masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak.. 
masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam)
masukkan minyak bijan
tutup seketika.. pastikan cendawan dan ayam betul2 masak
masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah..
bila rasa dah ok... dah boleh la mulakan proses membuat yee mee atas hot plate tu...
 
update:
mula mula masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan kuahnya sesenduk di atas mee tersebut, pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya... kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya
kalau takda hot plate.. boleh je satukan.. masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali..
 
untuk yee mee nya:
rendam seketika dengan air masak, dalam 5-10 minit, kemudian buang airnya dan biarkan seketika.
air tu perlu dibuang untuk mengelakkan mee terlalu lembut, 
anda akan dapati mee masih lagi keras ketika air telah dibuang,
namun jangan risau, mee itu akan cepat lembut bila dibiarkan seketika..
lagipun nanti kita akan masak mee itu sekali lagi bersama kuahnya.
mee itu akan lembut juga nanti, so tak perlu la rendam lelama..

credit to : http://baca-blogspot.blogspot.com/2013/06/resepi-sizzling-yee-mee-sedap.html?m=1 gor the resepi.


So selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

ur comment?

2013 Copyright © iswatie.blogspot.com. Designed by Rekaneka.com.