Tuesday, May 3, 2011

Resepi Chocolate Macaroons






ok nih nak share resepi Choclate Macaron nih.



Asalnya tgk kat blog Syerah. Dia ambik dr blog org jugak....


Jadik izinkan saya copy paste yer dari :








Bahan-bahan (30 keping bergantung pada saiz):
110gm gula aising
65gm serbuk badam (ground almond)
13gm serbuk koko
60gm putih telur - dalam 2 biji
20gm gula kastor
secubit cream of tartar

* saya x buat pun filling dia. Mak guna Nutella jer*
filling (boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing2):
120gm cream cheese
1 camb jus lemon
2 camb gula aising
1 camb whipping cream
parutan kulit lemon dari 1 biji lemon

cara:

•ayakkan gula aising, serbuk badam dan serbuk koko
•ketepikan
•pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
•masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
•kaupbalikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati
•masukkan adunan ke dalam piping bag
•dengan menggunakan 5mm nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris atau dilapik dengan non-stick paper sebesar 2.5cm (lihat gambar)
•lakukan sehingga habis
•setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin
•ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras
•kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 min atau sehingga keras
•biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan dengan filling
•untuk membuat filling: ayakkan dulu gula aising
•kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati
•simpan di dalam fridge lebih kurang 1 jam sebelum digunakan
notes & tips: guna pisau yang tajam untuk kikiskan dari dulang pembakar atau non-stick paper dan hati2 kerana ianya mudah rapuh. sebaik2nya lapikkan dulang pembakar dengan non-stick paper/parchment paper supaya senang untuk diangkat. remove macaroons from the parchment paper - they should be removed as soon as they come from the oven. you will need to create moisture under the cookies. carefully loosen the parchment paper , lifting the paper, pour a little hot water under the paper. The water may bubble and steam. allow the macaroons to remain on the parchment for about 20 seconds, then peel the macaroons off the paper and place them on a cooling rack



SELAMAT MENCUBA!!!!!!

3 comments:

  1. teringin nak rasa macaroon...tapi malas nak buat...hehehehe


    New Entry: [Week 2] Aku seorang pengarah filem

    ReplyDelete
  2. teringin nak rasa macaroon...tapi malas nak buat...hehehehe


    New Entry: [Week 2] Aku seorang pengarah filem

    ReplyDelete
  3. benda alah yang pemes ames skrg..hehe..

    ReplyDelete

ur comment?

2013 Copyright © iswatie.blogspot.com. Designed by Rekaneka.com.