Kali nih nak bercerita pasal budaya berbekal atau berbento dikalangan ibu-ibu pada tahun 2016. Jadi trending ooo sekarang nih.
Actually budaya berbekal bagi family iswatie dah lama sy amalkan. Mmg kerja saya setiap awal pagi bangun awal tuk masak breakfast dan lunch/dinner tuk kids.
Ada bibik kenapa x suruh bibik masak? Mmmmm bagi saya bab masak biarkan ibu/isteri yg masak. Biar makanan yg anak-anak dan suami dari airtangan ibu/isteri.
BIbik jaga kids time sy dan mr hubby g kerja n buat kerja2 rumah.
Bagi saya, sebagai ibu yg bekerja ini salah satu cara utk 'bonding' dgn kids. Bila mereka makan sekurangnya merwka akan teringat mummy coz mummy yg masak bekal mereka. Tambah kalau ada kawan-kawan yg memuji bekal mereka.
Normally saya akan merancang menu yg akan dimasak. Ini dapat membantu mr hubby utk membeli barangan basah dan kering pada hujung minggu.
Menu planner saya tampal di dapur so bibik boleh tahu apa yg saya masak jadi dia boleh prepare brg2 nak masak. Nanti entry yg lain saya menu planner yg dibuat.
So konsep saya utk prepare #iswatiebento utk kids ialah letak menu yg light and fav mereka n various. Add on juga dengan biskut atau buah. Air bagi air masak jer.
Jom layan sebilangan kecil koleksi bento kids sehingga hari ini.
Tetiba terus lapar. Jom cari makanan lah . lalallaa
Moga menjadi inspirasi ibu-ibu lain diluar sana utk hasilkan bento dgn kasih sayang buat anak-anak.
No comments:
Post a Comment
ur comment?