Pages

Monday, June 29, 2015

Resepi Nasi Ayam Paling Mudah Noxxa



Baru -baru ini juadah berbuka puasa saya buat Nasi Ayam yang sgt mudah dan cepat dengan menggunakan Noxxa Pressure Cooker.

Dalam 1/2 jam semua dah siap.

So ada yang minta resepi nih, nah sila copy n sila buat. 


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
4 cup beras
Bawang putih , bwg merah dan halia dikisar
Minyak Gee or Butter
Daun Pandan


Cara membuatnya:

1. Rebus ayam dgn memasukkan air sebanyak hingga tenggelamkan ayam
2. Pilih mod HP dan masa 5 minit.
3. Pindahkan ke periuk yg lain dan keluarkan ayam.


Nasi Ayam.
1. Basuh beras dan toskan
2. Guna mode Stir-Fry dan tumis bwg n halia yg dikisar menggunakan ghee atau butter. Saya suka guna butter.
3. Masukkan Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang dan seangkatan dengannya.
4. Masukkan daun pandan yg diikat.
5. Masukkan beras dan masukkan air rebusan ayam iaitu 5 cawan.
6. Masukkan garam dan kacau n tutup penutup Noxxa PC
7. Setkan mode Steam 7 minit.

Ayam
1. Ayam yang ditoskan di gaulkan dengan kicap dan sos tiram.
2. Goreng sehingga garing baru bestttt

Kicap
1. Balance dari air ayam diperap, dimasukkan dalam periuk kecil dan mixkan dengam air rebusan sup.
2. Panaskan api dan sehingga mendidih

Sambal 
Bahan-bahan:

1. 10 tangkal cili merah dibuah biji
2. 5 tangkai cili burung
3. 5 ulas bawang putih

Cara:
1. Blenderkan cili merah, cili burung dan bawag putih
2. Masukkan dlm periuk dan tambah 4 sudu cuka, 2 sudu gula dan 1 sudu teh garam.
3. MAsakkan hingga mendidih.


Sup
1. Tambahkan air untuk balance air rebusan ayam tadi.
2. Masukkan sup bunjut dan pati ayam
3. Biarkan hingga mendidik
4. Menggunakan kuali, tumis bawang putih, bwg merah n halia yg dikisar.
5. Masukkan bunga lawang n seangkatan dengannya.
6. Masukkan rempah sup yg dibancuh dgn air dan tumis hingga pecah minyak
7. Masukkan dlm sup dan perisakan dgn garam
8. Tabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng

Selamat mencuba







No comments:

Post a Comment

ur comment?

2013 Copyright © iswatie.blogspot.com. Designed by Rekaneka.com.