Pages

Monday, August 15, 2011

BONUS Gomen dah masyukkkkk



Mula2 pagi nih rasa Monday Blue gara2 lps sahur...Hana buat roadblock...kena la berlakon tido jugak nak bagik dia tido..kalu idak harus kawan dah bagun main.....susah nanti nak bersiap g kerja...


Lepas tuh sampai opis, ramai dok cakap bonus dah masuk..eh tak sangka lak masuk hari nih..cepat dan pantas account dept kitaorg nih...thanks nab..


trus zass check account maybank..hip hip horray...ada duit masuk..even bila kira ngan calculator besaq awat yer short 200++ nih.... confuse ckit..nanti nak check ngan org account.


alhamdulillah...rezeki..duit masuk..kalu idak asyik duit keluaq jer..sikit banyak tuh belakang kira.janji ada duit masuk...


so nih kali ke3 dapat duit xtra sepanjang 2years ++ service. yg 1st beli corelle, yg 2nd beli spectra3, yg 3rd kambing aqiqah Hana...yg nih x tau nak buat apa lagik......dok aim KitchenAid mixer nih...




cantikkan...match sgt warna hitam nih ngan my Kitchen Cabinet....

tiap kali lalu kat uptown damansara suruh en is bawak slow2 nak tgk satu kedai yg pamer kat cermin mixer nih in various color..tempting betul....fuhhhhhhhh

dah2...cukup2 berangan tuh....meh buat kerja....PM bagik bonus tuk rajin buat kerja..bukan tuk berangan...





Wednesday, August 10, 2011

Gelagat Anak2 bersahur





Puasa tahun 2011 nih i didnt expect tuk train kids berposa coz for me kids masih kecik plus badan2 diaorg tuh kuruih n need nutrition.

Just what we do..just educate diaorg apa itu berpuasa di bulan Ramadhan.

On 1st day saja gerak diaorg tuk bersahur coz diaorg pesan.


bila time bersahur..jenuh gerak..bila dah mata buka....x larat pulak nak jln kaki turun kat dining table. nak mkn kat atas katil...

tuh gaya hani mkn sosej sambil bersandar kat dinding..kena sandar kalu idak badan tumbang ke belakang.



yg ichlas lak....mmg dah x leh dok tegak..


dia tibai mkn sosej sambil baring n sambil tutup mata

macam-macam gelagat anak2 nih...

lps tuh bila call diaorg time balik school...Diaorg dah buka posa time balik dr school..trus mintak kat Dahlia nak minum n makan...dah nak mati dah nih...

ada2..


alahai rindu yer kat anak2 nih...x sabaq nak balik petang nih nak bergaduh ngan diaorg.

Sayang anak2 mummy...muassssssssssssssssss

Tuesday, August 9, 2011

Kakitangan awam dapat bonus raya

SALAM RAMADHAN UOLS!!!

Lemau lagik nak update blog nih sebab posa*alasan!!!!*

sebenarnya this week baru posa coz awal2 minggu dah raya..hehehehehehe

owh......ada yg menarik tuk update blog nih iaitu:

1/2 bulan BONUS.

oklah kan.....janji dapat dari x dapat apa2...


nih info i cilok dari:
Berita Harian Online

NAJIB berbual bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis berbuka puasa anjuran Perdana Menteri dan isteri serta majlis penyampaian zakat Kumpulan FELDA di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.
PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.
Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.

Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini. Ini adalah kali ketiga berturut-turut penjawat awam dan pesara mendapat duit raya. Pada tahun lalu dan 2009, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebelum 1 Syawal.

Kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008.
Sementara itu, Najib yang bercuti sejak 1 Ogos lalu selepas menjalani pembedahan ‘Arthoscopic’ di lutut kiri memulakan tugasnya pagi semalam.

Beliau yang tiba di pejabatnya di bangunan Perdana Putra kira-kira jam 9.40 pagi kelihatan ceria dan sihat sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib dibenarkan bertugas selepas doktor berpuas hati dengan proses penyembuhannya.

Kecederaan lama Perdana Menteri berulang selepas menendang bola ketika merasmikan pertandingan futsal di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada Mei lalu. Bagaimanapun, doktor menasihatkan beliau mengehadkan aktiviti harian pada waktu ini sehingga pulih sepenuhnya.

Selain melaksanakan tugas pejabatnya, Perdana Menteri hadir pada majlis berbuka puasa bersama anggota Kabinet di kediaman rasminya di Seri Perdana petang semalam.





skrg ...mari kIta pk nak beli apa!!! lalalalalala

TERIMA KASIH PM

2013 Copyright © iswatie.blogspot.com. Designed by Rekaneka.com.