Pages

Monday, May 18, 2015

Resepi Nasi Arab Mandy mengguna Noxxa Pressure Cooker

Last Saturday terasa nak makan nasi Arab. Selalu hari Sabtu akan susun kedai atau masak special kat rumah. Kalu hr kerja nak masak beria rugi coz kdg2 x sempat nak feel makan.

Guna beras dan rempah dibeli dari Zaila. Buat stok bulan posa gak. So kalu ikut resepi blkg kotak ayam perlu dibakar selama 1 jam but kali nih saya guna Noxxa Pressure Cooker tuk bakar ayam tuh. 

Utk membakar ayam
Perap ayam dengan bahan dan rempah yg dinyatakan diblkg kotak.
Masukkan dalam Noxxa Pressure Cooker dan setkan HP selamat 10 minit. Then selepas tuh releasekan tekanan. Tukar mode stir fry dlm 2 minit. Keluarkan ayam n ketepikan. Kemudian masak nasi pulak.

Utk nasi
Pilih mode Stir Fry dan tumiskan bahan dan rempah spt arahan. masukkan beras dan nasi. Kemudian setkan HP selama 7 minit. Selepas itu biarkan selamat 3 minit dan tukarkan tombol HP ke STEAM.  Apabila semua tekanan dah release, buka cover kacau nasi n letak ayam tadi.


Tara... siap...x sampai 30 minit nasi arab Mandy siap utk dimakan bersama yg tersayang.




Monday, May 11, 2015

Resepi Sambal Steamboat ala Johnny's yang paling sedap.

Happy Mother's Day girls!

Semlm Mother's Day x pergi mana pun. Alkisahnya coz hari Ahad malas nak keluar coz byk benda nak kena settle kat rumah plus mr hubby pun demam.


Since mr hubby demam why not buat steamboat so bila mkn nanti pakainkeluar peluh mkn panas2 with sambal steamboat.


Since ramai yg tanya resepi Sambal Steamboat ala Johnnny's nih why not let me share with all of you. 


Sambal Steamboat ala Johnny's:

8tangkai lada merah
3 tangkai cili padi
4 ulas bawang putih 
5 sb minyak bijan 
5 sb apple cider * nak pakai cuka biasa pun boleh  
5 sb sos ikan 
2sb sos tiram 
2 sb kicap  
1/2 cawan air 
1/2 sb sunquick *   
Bijan * disangai  
1 sb tepung jagung * dibancuh dgn sedikit air suam untuk pekatkan sos
Daun ketumbar * racik halus 
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:

Kisar lada bersama bawang putih.Masak atas dapur bersama air, minyak bijan,sos ikan,apple cider @ cuka, kicap,sos tiram.. Masak sampai pekat then baru masuk sunquick dan bancuhan tepung jagung ( kalau perlu je ) . Perasakan dengan garam n gula masukkan sikit bijan yg dah disangai dengan daun ketumbar.

selamat mencuba! mmg terangkat i tell u!



Tropical Herbs Baby Oil elak bayi kembong

So in LOVE with this Baby Oil frm Tropical Herbs Amway. Alhamdulillah Baby boo boo #nurisrynisyqina  x pernah kembong. Boleh disapu pada perut. And for me kalu rasa nak selsema trus sapu kat hidung trus tadaaaa hilang. #sayajualtropicalherbs #tropicalherbs #tipsforbaby



Untuk membeli, boleh whatsapp saya di 0193229737 atau email di : mornizawati@gmail.com

2013 Copyright © iswatie.blogspot.com. Designed by Rekaneka.com.