Pages

Friday, January 25, 2019

APA ITU PROTEIN?

APA ITU PROTEIN?

Protein terdapat di seluruh tubuh dan ia sebahagian daripada setiap sel dalam tubuh anda. Pembinaan tisu merupakan fungsi utama protein. Protein merupakan komponen struktur utama semua sel: kulit, rambut, kuku dan tulang. Ia bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda menghasilkan enzim yang penting untuk fungsi tubuh, dari pencernaan hingga pembiakan. Protein penting dalam penghasilan neurotransmiter yang mempengaruhi otak dan tubuh anda. Protein juga salah satu bahan asas yang diperlukan oleh sistem imun.

Tubuh manusia mengandungi lebih daripada 100,000 protein yang berbeza. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan protein, ia mesti diambil setiap hari dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengganti protein yang hilang setiap hari. 

Protein boleh didapati dalam daging, ikan, telur, ayam itik dan produk tenusu dan semuanya merupakan sumber protein lengkap yang membekalkan semua asid amino perlu. Protein juga boleh didapati dalam sayur-sayuran, kekacang dan biji-bijian yang dikelaskan sebagai protein tak lengkap yang tidak mengandungi semua asid amino perlu.

Untuk pembelian:
http://www.wasap.my/0193229737

Sumber: NUTRILITE

Monday, August 27, 2018

PERMOHONAN KE SBP 2019 DIBUKA.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,


PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH(SBP) BAGI TAHUN 2019 DIBUKA HARI INI!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 SEPTEMBER 2018



Untuk memohon,  sila klik PERMOHONAN. Perlu masukkan no. angka giliran calon upsr 2019.




Masukkan No. Angka Giliran. 




Selepas itu akan ada 4 bahagian yg perlu dilengkapkan iaitu:
1) Maklumat Diri
2) Maklumat Kepimpinan/Kokurikulum
3) Maklumat Ibubapa
4) Maklumat Alamat Surat Menyurat

Seteleh ini semua, JGN LUPA UNTUK CETAK DAN SAVE. 

Maklumat permohonan boleh dikemaskini dari masa ke semasa sehingga 30 SEPTEMBER 2018.

Setiap kali kemaskini, jgn lupa cetak dan save. Salinan permohonan nanti kita perlu bg pada pihak sekolah dan lain2 lagi kegunaan. 


Selamat memohon.

Doakan anak sy Ichlas Iskandar Bin Iswandi mendapat SMS BANTING.

Tuesday, January 23, 2018

CONTOH SURAT RAYUAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 MRSM

Semalam kecoh berkaitan dengan Keputusan Permohonan ke Tingkatan 1 MRSM bagi tahun 2018.

Kepada ibubapa yang anak mereka Berjaya ditawarkan ke MRSM, ucapan Tahniah diucapkan. Boleh dah print surat tawaran dan membuat persiapan untuk mendaftar di MRSM pada 5 Februari nanti.

Bagi yang tidak Berjaya, jangan bersedih. Masih ada peluang bilamana terdapat juga calon yang telah mendaftar di SBP tetapi masih juga ditawarkan ke MRSM. Ada yang menolak tawaran untuk memeri laluan kepada calon lain.

Peluang untuk membuat rayuan hendaklah di rebut. Rayuan boleh dibuat online melalui system yang sama untuk keputusan tawaran. If x ada butang rayuan pun jangan risau, tuan/puan boleh membuat rayuan secara manual/bertulis.

Bagi yang boleh membuat rayuan online, saya lampirkan contoh surat rayuan yang boleh dimasukkan di dalam system rayuan online dan buat xtra work sikit hantar juga rayuan offline.

Siti Nurhaliza Taruddin
No Kad Pengenalan : XXXXXXXXX
Angka Giliran : XXXXXXXX
No 25, XXXXXX
Berjaya Park, Seksyen 25
40000 Shah Alam, Selangor.

Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah
Majlis Amanah Rakyat
Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 KUALA LUMPUR
Tuan,
RAYUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA BAGI SESI KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 TAHUN 2018
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.      Saya ingin membuat permohonan rayuan secara rasmi kepada pihak Tuan untuk mempertimbangkan permohonan kemasukan saya ke Maktab Rendah Sains Mara.
3.      Dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2017 yang lepas, saya telah mendapat keputusan XXXXX
4.      Antara faktor yang boleh dipertimbangkan untuk menyokong permohonan saya adalah seperti berikut:-
•       Saya amat berminat dalam bidang Sains, dan keputusan untuk matapelajaran tersebut sentiasa cemerlang (UPSR 2017 – Sains A).
•       Saya juga sentiasa bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum samaada diperingkat sekolah ataupun anjuran luar
•       Saya memilih MRSM sebagai tempat untuk menyambung pendidikan menengah saya kerana MRSM menawarkan kemudahan pembelajaran yang kondusif.
•       MRSM mempunyai tenaga pengajar yang terlatih dan juga cemerlang di dalam bidang akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.

Besarlah harapan saya jika sekiranya pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan  saya ini seterusnya memberi peluang kepada saya bagi menempatkan diri di MRSM. Segala pertimbangan daripada pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
…………………………………………
 Siti Nurhaliza Taruddin


SELAMAT BERJAYA!!!!!

SOALAN-SOALAN BAGI UJIAN KELAYAKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (UKSBP) TAHUN 2018



Salam,

Ramai bertanyakan saya apakah soalan-soalan yang terdapat di dalam Ujian Kelayakan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP). Jadi saya compile soalan-soalan yg dikongsi oleh ibubapa calon-calon yang telah menjawab UKSBP dan ada dikalangan anak mereka telah Berjaya ditawarkan di SBP termasuklah anak saya.

Sumber soalan-soalan ini adalah hasil pengkongsian ibubapa di dalam Group FB UPSR(PPSR).




















Tuesday, November 1, 2016

Punca Sebenar Bibir Kering Bukan Kerana Kurang Minum Air Masak Sebenarnya.

Punca Sebenar Bibir Kering Bukan Kerana Kurang Minum Air Masak Sebenarnya..



Bibir yang halus kemerahan menjadi idaman setiap wanita dan menjadi kegilaan setiap lelaki bila wanita berbibir cantik tetapi agak malang jika bibir kita kekeringan. Tahukah anda bibir kering mengelupas bukan disebabkan kerana kekurangan air.



Mata kering : Kurang vitamin A, karotin
Bau mulut : Kurang vitamin B6, zinc
Gigi tidak kuat : Kurang vitamin A, kalsium, zat besi
Bibir kering atau mengelupas : Kurang vitamin A, vitamin B2

Anemia, tangan atau kaki dingin : Kurang vitamin B6, asam folat
Mudah lelah dan tidak bersemangat : Kurang vitamin B1, B2, B6
Keguguran atau masalah rambut : vitamin A, vitamin B6, zinc, kalsium

Jom kita baca kepetingan vitamin dan zat-zat dalam badan kita supaya kita boleh elak dari sebarang penyakit terutama bibir kering mengelupas.

1. Ulser dan radang mulut : Kurang vitamin B2

Ulser atau radang biasanya disebabkan kerana dalam tubuh kekurangan vitamin B2 yang dapat membantu penyembuhan luka.

Vitamin B2 sangat penting peranannya bagi kesihatan kulit & rambut, namun ia tidak boleh tersimpan di dalam tubuh dengan sendirinya, oleh kerana itu diperlukan makanan yang bergizi atau suplemen untuk melengkapinya dengan sempurna.

Sumber : Setiap hari setidaknya minum 250cc susu, makanan seperti kacang tanah, dll.

2. Tubuh lemah : Kurangan zink

Ciri-ciri : Kekebalan tubuh menurun, kehilangan nafsu makan, pertumbuhan lembab, rambut gugur, fungsi alat perasa akan menurun.

Jika kamu terasa kurang selera atau tidak lalu makan kemungkinan badan kamu kekurangan zinc.

Sumber : Daging lembu atau kambing kaya akan kandungan zinc, nak senang pi makan steak.hehehe

3. Penyakit mata : Kurang vitamin A

Vitamin A bukan hanya faktor penting yang dapat menjaga kesihatan mata, namun ia juga penting bagi sistem pencernaan dan pernafasan. Vitamin A mampu mencegah bakteria atau virus yang membahayakan tubuh kita.

Oleh kerna itu apabila kamu kekurangan vitamin A, selain dari mata kamu ada perubahan yang teruk,ia juga mampu membahayakan sistem pernafasan dan pencernaan.

Sumber : Setiap hari makan sedikit kerang, sayur sawi atau makan hati 1-2 kali setiap minggu.

4. Mudah emosi : Kurang zat besi

Kekurangan zat besi bukan hanya dapat menyebabkan anemia, namunia juga bisa membuat emosi kamu sangat tidak stabil dan mudah marah serta naik angin tidak menentu.

Zat besi sangat penting untuk membantu tubuh kita memproses sel darah merah, khusus bagi perempuan yang sedang datang bulan, zat besi akan semakin penting untuk menambah kesegaran tubuh dan mencegah emosi yang tidak stabil serta menyebabkan kamu terus dalam keadaan down atau suram.

Sumber : Daging merah seperti daging lembu atau kambing, telur ayam, kacang, sayur hijau, selain itu kamu juga harus perbanyak makan vitamin C yang baik untuk penyerapan zat besi.

5. Kaki bengkak : Kurang kalium

Kalium sangat penting untung mengatur keseimbangan darah dan air di dalam tubuh.

Kekurangan kalium dalam jangka panjang dapat menyebabkan aritmia, keadaan saraf yang tidak normal, seperti ketika kamu kekurangan air setelah bersukan. Kekurangan kalium juga boleh menyebabkan mudah kram, dalam jangka panjang boleh menyebabkan bagian tubuh bengkak, terutama di bahagian kaki.

Sumber : Kita boleh menambah kalium dari pisang setelah bersukan untuk mencegah kram, selain itu buah-buahan dan sayuran juga boleh menambah kalium bagi tubuh.

6. Badan pegal-pegal/sakit : Kurang vitamin D

Orang yang kurang terkena sinar matahari dan kekurangan vitamin D akan lebih mudah mengalami sakit badan atau sengal. Vitamin D nutrisi tubuh yang tidak dapat disintesis, jadi sangat penting untuk memenuhi kebutuhannya.

Vitamin D juga penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.

Sumber : Mengonsumsi ikan berminyak 2 kali seminggu seperti ikan salmon atau sardin, selain itu kamu juga harus berjemur di bawah sinar matahari untuk dapat vitamin D, ada sesetengah pakar cahaya matahari sebelum jam 10 pagi waktu sesuai.



Tuesday, February 16, 2016

Budaya berbento tahun 2016

Salam,

Kali nih nak bercerita pasal budaya berbekal atau berbento dikalangan ibu-ibu pada tahun 2016. Jadi trending ooo sekarang nih.

Actually budaya berbekal bagi family iswatie dah lama sy amalkan. Mmg kerja saya setiap awal pagi bangun awal tuk masak breakfast dan lunch/dinner tuk kids. 

Ada bibik kenapa x suruh bibik masak? Mmmmm bagi saya bab masak biarkan ibu/isteri yg masak. Biar makanan yg anak-anak dan suami dari airtangan ibu/isteri.

BIbik jaga kids time sy dan mr hubby g kerja n buat kerja2 rumah. 

Bagi saya, sebagai ibu yg bekerja ini salah satu cara utk 'bonding' dgn kids. Bila mereka makan sekurangnya merwka akan teringat mummy coz mummy yg masak bekal mereka. Tambah kalau ada kawan-kawan yg memuji bekal mereka.

Normally saya akan merancang menu yg akan dimasak. Ini dapat membantu mr hubby utk membeli barangan basah dan kering pada hujung minggu.

Menu planner saya tampal di dapur so bibik boleh tahu apa yg saya masak jadi  dia boleh prepare brg2 nak masak. Nanti entry yg lain saya menu planner yg dibuat.


So konsep saya utk prepare #iswatiebento utk kids ialah letak menu yg light and fav mereka n  various. Add on juga dengan biskut atau buah. Air bagi air masak jer. 


Jom layan sebilangan kecil koleksi bento kids sehingga hari ini. 


Tetiba terus lapar. Jom cari makanan lah . lalallaa

Moga menjadi inspirasi ibu-ibu lain diluar sana utk hasilkan bento dgn kasih sayang  buat anak-anak.

Tuesday, February 9, 2016

Its already February 2016!

Assalamualaikum,


Its already 9th Februari 2016. Goshhhh cepatnya masa berlalu. Rasa mcm baru start enjin jer.

Been busy with work and family. 

Wish me luck!

Nak share azam tahun nih #iswatiebento. Nanti kita share yer

Stay tune!!!!

Tuesday, January 26, 2016

Selamat Tahun Baru 2016

26 Januari 2016


Salam semua. Masih belum lambat lagi kan wish Happy New Year 2016. Still in new year mood kan coz Januari even br update penghujung bulan dah. hahahhaha


Sedih nak tinggalkan tahun 2015. Terima kasih for wonderful 2015. 

Debar rasa masuk tahun 2016. pelbagai cabaran perlu dihadapi samada pejabat atau dirumah. Kena tough n think positive. Semoga apa yg dirancang Allah SWT permudahkan dan semoga azam diri sendiri, mr hubby dan anak-anak tercapai.


Amin!!!

Wednesday, November 25, 2015

Resepi Cheese Nan yg paling mudah

Salam.

Rindunya Penang. Due beberapa factors x ada rezeki lagi nak balik ke Penang. Balik Penang wajib akan mkn Cheese Nan dan Tandoori Kapitan.

So untuk mengubat rindu and plus nampak kat timeline ada resepi Cheese Nan so why not try la kan. Plus skrg nih asyik hujan n kids lak cuti sekolah. So asyik lapar jer lah semedang.


Rupanya senang sgt buat Nan Cheese nih. Lepas nih boleh buat lagi. Doh kali nih siap boleh frozenkan lagi. Terbaiklah.



ROTI NAN CHEESE 
Sumber resepi : Kamariah Maria

Bahan2..
1kilo tepung gndum
½cawan plnta
½cawan gula
2½cawan air 
1 sdb mauripan
Mozarella Cheese Parut

Cara2:-
Masukn gula dalm air kacau..
Masukn tepung,planta,mauripan dlm bekas gaul sampai sebati...pastu tuang air +gula kedlm tepung sikit2 dn uli sampai tepung x melekat tpi jagn keras bncuhan....tutup ngn kain basah dn perap dlm ½jam.
Bila bncuhan dh naik tumbuk2 kn tepung tu..pastu uli bulat2 besar dn masukn chese kdlm tepung kn cnaikn leper....biar dlm 15 minit pastu msak dlm kuali pan dgn api perlahan...tutup kuali dgn penutup dn bila dah npak masak sapukn ngn majerin...tu mmbuat roti jdi sedap bau nye...potong dn boleh mkn dengan tandoori ayam atau dalca atau sambal ikan bilis atau enak dimakan begitu sahaja ketika panas.


Selamat mencuba!




Sunday, November 22, 2015

Resepi Nan Cheese Paling Mudah

Salam semua,

Happy School Holiday!

Ada setengah mommy mesti rasa lega coz pagi-pagi x perlu nak bersilat siapkan kids n siapkan bento kids. Plus x rasa kalut nak hantar kids ke sekolah jerit baca buku, kemas beg dan 1001 kisah sekolah lagi.

For me bila kids cuti sekolah lega coz balik kerja x la kena kejar kids buatkan homework dan kemas beg butttt paling risau nih actually cuti sekolah coz kids dok ngan rumah ngan bibik.

So bila diaorg dok rumah ada 2 perkara yg saya kena fikir iaitu 1) Menu bfast, lunch dinner n tea break kids 2) Pengisian aktiviti cuti sekolah esp bila dok rumah x ada sapa nak monitor.

Selalu buat stok frozen karipap n donut. Kali nih teringin nak buat roti nan cheese nih coz dok rindu nan cheese kapitan. Dah lama x balik Penang. huhuhu

Resipi dapat dari FB. Source x ingat lak coz dah lama copy masuk note. So semlm mmg tgh hujan cuba lah buat. Thanks Mr Hubby tolong kat dapur.

Rupanya senang sgt. Jimat byk buat kat rumah plus boleh letak cheese byk2. Baru nikmat.



Ok nih resepi:

ROTI NAN CHEESE 

Bahan2..
1kilo tepung gndum
½cawan plnta
½cawan gula
2½cawan air 
1 sdb mauripan
Cheese keping

Cara2:-
Masukn gula dalm air kacau..
Masukn tepung,planta,mauripan dlm bekas gaul sampai sebati...pastu tuang air +gula kedlm tepung sikit2 dn uli sampai tepung x melekat tpi jagn keras bncuhan....tutup ngn kain basah dn perap dlm ½jam.
Bila bncuhan dh naik tumbuk2 kn tepung tu..pastu uli bulat2 besar dn masukn chese kdlm tepung kn cnaikn leper....biar dlm 15 minit pastu msak dlm kuali pan dgn api perlahan...tutup kuali dgn penutup dn bila dah npak masak sapukn ngn majerin...tu mmbuat roti jdi sedap bau nye...potong dn boleh mkn cicah nn kari dal atau trpulng nk cicah ape aje ....  

Selamat mencuba :)

Saturday, November 21, 2015

Penangan Baby Oil Tropical Herbs

Salam semua,

Hari ini kena bekerja. huwaaaa. Kena gi promosi kat Kem PLKN Princess Haliza.

Then balik trus ke Amway Bukit Tinggi coz ada org order baby oil tropical herbs.


Pengalaman saya ialah bila 1st time guna Set Bersalin Amway ada included baby oil. Bau dia best sgt x la kuat. Rasa fresh n pengalaman sy bila anak2 sy waktu baby pakai, x la kuat tuk kulit baby dan alhamdulillah my babies semua dulu jarang kembong.


Even saya guna baby oil nih time sy selsema. Saya akan sapu baby oil nih n alhamdulillah selsema hilang.

Dek penangan baby oil nih dapat order dr customer dia beli trus 12 botol. Mmg terbaiklah.




so ibu-ibu diluar sana, dr uols beli brand 'yuy*' yg kita dengar mcm2 yg negative why not uols cuba baby oil nih.

If berminat atau perlukan maklumat tambahan boleh berhubung dgn saya.

whatsapp/telegram 0193229737
email: mornizawati@gmail.com

Saturday, November 14, 2015

Page Alvin Tan Di 'banned' oleh Facebook

Yahooooo Finally!



 
Page Alvin Tan telah diremove/dibanned oleh Facebook selepas isu pakcik tu guna Alquran as toilet paper. 

Source: Malaysianinsider

Memang dari dulu sy ada syorkan x yah nak LIKE page dia. Coz makin kita LIKE makin dia glamer di luar negara tuh. Siap boleh survived kat sana tuh.

Moga dibanned sehingga selamanya atau ada page baru kita report lagi kat FB.


Semoga agama Islam di martabat yg atas dan dipertahankan. 



Thursday, November 12, 2015

Tips packing mudah untuk anak-anak

Salam semua,

Termasuk weekend nih dah 2 kali kids g kem. Last week kakak hani pergi ke kem di Hulu Langat. Minggu ni lak kakak hani dan abg ichlas akan ke kem qiamulail disurau.

Terima kasih kepada ustaz dan ustazah KAFA diaorg yg sentiasa mengadakan program program seperti ini. Kids excited utk sertai. Plus diaorg pun dah tahap 2 so mummy pun dah rela hati benarkan mereka join kem.

So esok program tapi mlm nih kita balik kerja jer terus kejar kita nak itu ini coz nak packing baju. Ichlas dia main lambak jer baju dia while hani dah pandai susun as checklist yg ustaz mention. See different kan atr laki dan perempuan. Hehheheh

So im worried nanti ichlas main capai jer baju so i come out with this idea. Sort dan labelkan set baju dan spender bagai. 


Then susun yg paling last pakai iaitu Ahad pagi kat paling bawah n Jumaat mlm baju tido paling atas. So x perlu la dia korek baju dia just ambik n pakai shj. While toiletteries dalam satu ziplock n segala sikat dan mosquito repellent dlm satu ziplock yg lain. Satu plastik dan satu non woven beg utk later dia masukkan baju kotor.

This is 1st kem yg Ichlas join. Excited dia coz sblm nih tgk jer kakak hani pi kem.
Looking forward byk lagi islamic kem coz pengisian jiwa rohani mereka perlu dr awal lagi.

Hopefully 3H2M kem nih berjalan dengan lancar. Risau ? no problem kot coz dekat jer mummy leh g jenguk. hehehhee


Have fun kids.

While mummy2 yg lain, selamat mencuba!

Love,
Mummy Iswatie

Saturday, October 24, 2015

Asam Pedas Daging Tetel dan Tulang Noxxa



ASAM PEDAS DAGING TETEL DAN TULANG MUMMY ISWATIE

BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging tetel n 5 ketul tulang daging
Cili blender 1 bekas dadih
2 batang serai diketuk
1 sudu rempah kari daging
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk lada hitam kasar
2 inci halia di ketuk
5 keping asam keping
1 -2 cawan air asam jawa
1 sk garam
segengam daun kesum
1 batang bg kantan

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan minyak dlm inner pot Noxxa Prssure Cooker menggunakan mode 'Stir Fry'.
2. Tumiskan cili blender. Masukkan serai, halia serbuk kunyit, lada hitam dan rempah kari.
3.Dah agak naik minyak, masukkan daging dan tulang
4. Masukkan asam keping, air asam jawa dan garam
5. Tutup tudung noxxa pressure cooker dan set ke High Pressure. Setkan 30minit atau 45minit. 
6. Dah 30-45 minit, releasekan pressure. 
7. Buka tudung dan masukkan daun kesum, bunga kantan dan tomato. Check rasa garam. Kalau still x rasa garan tanbah dan gaulkan.

Siap utk dimakan dengan ulam-ulaman. 

Menarikkan guna Noxxa Pressure Cooker kan?

Untuk demo dan pertanyaan, hubungi saya:

Mornizawati Abdullah
Email: mornizawati@gmail.com
Amway Top Agent


Saturday, October 17, 2015

Testimonial Set Bersalin Amway

Salam semua,

Bulan nih ramai betul whatsapp saya bertanyakan Set Bersalin Amway. Antara soalan yang selalu ditanya ialah:


1) Berapa harga?

2) Ok ker?

3) Panas tak?

4) Boleh kurus tak?

Itu adalah antara soalan-soalan yang selalu ditanya lah. However semua persoalan tersebut dapat dijawab oleh Set Bersalin Amway. So ramai ibu-ibu repeat menggunakan apabila berpantnh anak no 1, no 2 dan seterusnya.

Dibawah adalah salah satu testimonial my customer.




Yang pasti bila start guna barangan amway, dia melarat berkenan barangan amway yg lain pulak. 


testimoni lain



Amway menawarkan pelbagai barangan kegunaan rumah n berbaloi dengan money u spent.

RM320 termasuk pos. FREE BENGKUNG!

Untuk konsultasi dan pertanyaan, noleh hubungi saya samada sms atau whatsapp 0193229737 atau email to: mornizawati@gmail.com

Thursday, October 8, 2015

Sesi 'on air' di iM4U. fm

Salam semua,
Diharapkan semua sihat. Jerebu pun nampak dah kurang.

Malam nih nak bercerita pasal pengalaman sy baru-baru ini apabila diberi peluang utk 'on air' di radio im4u.fm sempena Hari Volunteer Malaysia 2015.

Kat office im the officer yg uruskan Program CSR and selalu liase dgn im4u.fm utk dapatkan dana n participate dlm xtvt sukarelawan.

Maybe because tahun 2014, kitaorg participate and we have a good relationship with im4u, so diberi penghormatan utk diinterview di im4u.fm. waaa excited n excited.Plus perlu bawa student juga.

I choose to brought my exco sukarelawan. Orang kuat mak nih. hahhaha



Even soalan yg simple tapi dek krn  nervous jenuh gak la kumpul ayat nakncakap. Even my student sampai terkelu. However mmg fun lah dapat bersama dengan announcer im4u.fm di dlm konti. mmg kecoh n sporting diaorh tau.



Paling yg paling tak lupa bila diaorg suruh nyanyi. weihhhhh im not person yg hafal lagu n nyanyi. Mmg kelaut la but lantak la kan. Janji i 'on air' kat radio. hahhahah




Pengalaman paling BEST! Terasa berbaloi dgn segala pengorbanan n kerja kuat kat opis.



see bertapa sporting jiggyman n tylerboy. hahhaha rajin lak comment kat my instagram



mmg sengal tau diaorg. Terbaiklah!












Monday, October 5, 2015

Resepi Sup Ayam Ala Chatuchak Market




Salam semua, last weekend jerebu teruk betulkan? Esp kat Shah Alam nih. So Sabtu and Ahad x pi mana-mana pun. Eh coppp ada pi masjid jamek join program homeless kul 5am ngan mr hubby n pi jumpa supplier jap ambil brg.

Bila dok rumah, asyik nak makan jer lah. Ni lah masa tuk cuba resepi baru. Dah lama dah teringin nak buat bila tengok kat KS yer Instagram.

Selalu tertangguh nak buat coz x ada dlm fridge stok daun ketumbar. My fav resepi yg ada letak daun ketumbar dan yg kuah masam pedas semua ada.

Alhamdulillah kids nampak gaya suka. Tuk yg nih saya x letakkan cili padi/burung coz kids nak makan kan. 


Ok meh kita tengok resepi dia:
Bahan-bahan:
Ayam
Bawang besar di hiris
Halia diketuk
Bawang Putih diketuk
Batang Daun Ketumbar
Daun ketumbar dihiris kasar
Tomato dipotong
Cili padi/cili burung diketuk
Garam
Sos ikan
2 biji limau nipis diperah dan diambil air shj.

Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemuanya dlm periuk kecuali daun ketumbar dan tomato.
2. Setkan Noxxa Pressure Cooker kepada High Pressure selama 12 minit.
3. Selepas 12 minit, check garam.
4. Masukkan tomato dan daun ketumbar
5. Siap dan sedia di makan


Selamat mencuba!



Wednesday, September 30, 2015

Penang Food Review: Nasi Kandar Kg Melayu


Balik ke Penang pada Hari Raya Aidiladha ini amat ditunggu coz salah satu sebab nak pi bfast makan Nasi Kandar Kg Melayu. Mr Hubby pun suka layan nasi kandar nih. Selamat mr hubby rajin jer bangun awai nak pi redah bukit baru ke Kg Melayu demi sepinggan nasi kandar. Luv u baby!

For me tak tau nak describe mcm mana but taste nasi n segala jenis gulai kat situ rasa fresh coz prepare awai pagi. Lauk yg simple but mampu mkn sepinggan licin.

Tips utk pergi kesana dgn mudah follow jer Waze. Search jer Nasi Kandar Kg Melayu or else x jumpa gak tanya la orang Penang, insyalllah boleh jumpa.


Nak senang cari jer bangunan/flat kat atas tuh.Tuh la yg dipanggil Flat Kg Melayu. So Kedai Nasi Kandar Kg Melayu ada kat bawah flat nih. Follow jer org ramai jln menuju pi mana , harus jumpa lah.


Bila sampai jer kat sana haruslah kena q. Selalu me n mr hubby akan sampai awai n q kejap jer. Time tuh sampai dah rambang mata nk pilih lauk apa. Rasa semua lauk nak ngap. Ada lauk ikan, ayam, daging, telur dan perut lah. Selalu sy akan pilih ikan goreng bendi gulai campuq kasi banjir.



Boleh makan kat situ. Selalu me akan pi cop meja n while me hubby q. muahahahha.

Kalu x mo makan nasi kandaq boleh gak order roti canai. Setakat nih order bungkus kat kids ja coz mata dok nampak nasi kandaq. But kat situ leh tengok ada pakcik penang dia pekena nasi kandar then lepas tuh dia sambung pekena lak roti canai banjir. Perghhh mmg heaven yer pakcik. Harus lps tuh perut senang hati.

Dari segi price wise, eh setakat nih mr hubby yang bayar. Rasa x mahal kot compare dgn kedai nasi kandar yg glamer but rasa biasa biasa jer. Setakat nih mr hubby x ler complaint pasal harga so harga reasonable lah tuh.

But trust me kalu rasa superb i no hal la byr mahal sikit but tak lah sampai ratus2 ringgit kan.

So sapa-sapa yang jln2 ke Penang maybe boleh letak dlm list satu tempat yg kena pergi n kena makan once u sampai kat Penang. Lps tuh boleh pi Bukit Bendera utk naik train n lihat pemandangan Pulau Pinang. 

So sapa yg dah pergi pekena Nasi Kandar Kg Melayu? meh tinggal sikit comment.

muahhhh







Sunday, September 27, 2015

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua yang beragama islam.

Tok mama berada di Mekah.

Kami balik beraya di Penang. Baru nak balik raya coz hari tuh time hari raya posa x balik Penang coz 2 weeks kat Sarawak.

Apply cuti on Friday at first but tgk mr hubby kata Rabu dia cuti so buat muka kesian gak apply cuti. Boleh pulak x perasan rupanya minggu cuti sekolah jugak. Bad mommy btul rasa bila x perasan cuti sekolah. Selamat Rabu yer cuti approve. Yeayyyyyy

So Rabu pagi masak sesiap nasi tomato dgn niat tak singgah rnr coz bajet akan ramai org. Kami picnic kat astaka kat rnr. Kids nampak enjoy. X yah gaduh2 nak cop tempat duduk n belikan makanan. Qina pun bebas berjln kat astaka tuh. Dlm pukul 3pm sampai lah Penang.

Temgok ketupat n rendang daging dah siap. Then buka fridge, tgk ada ayam n bahan2 buat kari ayam. Terus buat kari ayam. Mak x ada coz dia g gotong royong kat surau. Prepare bahan2 tuk majlis kenduri korban esok harinya. 

Owh indahnya balik Pulau Pinang. 

Thursday, September 24, 2015

Insiden rempuhan Mina: Sekurang-kurangnya 220 orang maut, 450 cedera

Sumber: Astro Awani


 
MINA: Angka kematian dalam insiden rempuhan manusia ketika mengerjakan haji tahun ini telah meningkat kepada 150 orang, lapor Jabatan Pertahanan Awam Saudi di akaun rasmi Twitter agensi itu.

Dalam laporan itu turut memberitahu, jumlah umat Islam yang cedera di  Mina adalah 400 orang.

Buat masa ini, warga Astro AWANI masih cuba mendapatkan pengesahan Tabung Haji jika ada warga Malaysia yang terlibat dalam rempuhan tersebut.


BERITA LANJUT MENYUSUL

2013 Copyright © iswatie.blogspot.com. Designed by Rekaneka.com.