Dah lama teringin nak buat lempeng kelapa. Coz teringat moment dok kat banting n berjiran dgn kak harma yg pernah buat lempeng pisang. Nak buat lempeng pisang x mampu coz x reti pilih spt spec kak harma.
So opted to lempeng kelapa atau org utagha panggil lempeng nyioq or peknga.
Bancuh sebelum tido n bibik bangun pagi dia masakkan with my guide.
Then teringat dlm fridge ada stok daun pisang. so yg batch ke balut ngan daun pisang bg wangi sikit.
mmg marvelous kalu mkn panas2 cicah sambal ikan bilis/sambal sardin or gulai ikan semlm.
But for my kids depa cicah susu pekat while tuk mommy i cicah dgn sambal tumis ikan merah semlm. licin baq hang
ok here the recipe. i love yg gebu gebu awwwww
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa muda yg diparut
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu gula
garam secukup rasa
Air
Cara membuatnya:
1. Campurkan kesemua bahan kering
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan x terlalu cair or terlalu pekat.
3. letakkan minyak sedikit di non stick pan
4.. letakkan adunan n bulatkan. ikut suka nak buat besaq mana. mcm i suka buat kecik coz tuk kids senang nak bwk n mkn.
5. Terbalikkan apabila nampak kekuningan.
6. Angkat apabila nampak masak kedua-dia belah
7. Sedia di mkn begitu shj atau cicah susu pekat or gula or segala jenis sambal tumis or gulai.
*btw adunan nih i bancuh sebelum tido. so bila guna baking powder dia jadi gebu. i loikeee
Selamat mencuba!