Sunday, May 24, 2015

Resepi mudah Asam Pedas Daging Tetel menggunakan Noxxa Pressure Cooker





Dah lama rasa nak makan Asam Pedas Daging Tetel. Beli daging then humban ja dlm fridge coz dah baper Ahad dah bekerja berkhidmat utk negara. Normally i preferred masak special dish oh Sunday. Baru la boleh makan dengan nikmat.

tambah kalu dulu, masak daging nih jena berejam-rejam coz nak pastikan daging x liat n benar2 empuk. But sekarang dah ada Noxxa Pressure Cooker semuanya dlm 15 minit dah siap.

Okeih let's me share the recipe:


Bahan-bahan:
600 gram daging lembu
1 batang serai, diketuk
1 kuntum bunga kantan, dibelah 2
1 genggam daun kesom
1 camca teh lada hitam kisar
4 batang bendi
2 senduk nasi cili kisar
2 sudu rempah kari daging
3/4 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh pes asam jawa (atau secukup rasa)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya


Bahan-bahan dikisar:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan-bahan diketuk shj:
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

Cara-cara membuat:
  1. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Tumis serai, bahan2 kisar halus, bahan yg diketuk hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Tambah cili kisar dan rempah kari dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna fungsi stir fry dlm 2 minit.
  2. Tambah daging dan air asam jawa secukupnya. Masukkan bunga kantan, bendi dan perasakan garam dan lada hitam. Tutup tudung periuk dan tukarkan kepada mode High Pressure selama 10 minit.
  3. Biarkan selama 3 minit dan releasekan pressure. Buka tudung periuk dan masukkan daun kesum dan tomato. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.
So total 15 minit shj diperlukan. So less masa diperlukan tuk bersilat di daput but more time with family 

Selamat mencuba dan have a nice Sunday with loved ones.

--------------------------------------------
Promosi Noxxa Pressure Cooker bulan inj.

Dapatkan sekarang kerana pada bulan hadapan harga akan naik sebanyak RM60.

Harga saya ialah RM700.00

WA 0193229737 atau email mornizawati@gmail.com untuk berbincang dengan harga dan konsultasi.

Selamat Hari Guru 2015

15 Mei 2015


Hari ini adalah hari yg cukup bermakna kepada semua guru, cikgu, pensyarah dan pendidik.

Even ibu bapa pun boleh dikatakan pendidik.


Hari ini adalah Hari Guru. Hari untuk menghargai pengorbanan dan jasa baik guru yang mengajar kita dan juga anak-anak2 kita



Diri sendiri pun x terkecuali coz berada didalam pendidikan. Teringat moment diawal tahun 2009 mendapat 2 pendidik.Memilih jawatan sekarang nampaknya satu pilihan yg amat bermakna.

Rupanya Allah SWT dah menetapkan takdir diri ini menjadi pendidik. Alhamdulillah. Cabaran? oh mmg banyak. Tambah kategori pelajar yg perlu guna pendekatan yg berbeza daripada pelajar di Universiti compare zaman2 dr sdr as pelajar. But apa2 akan sentiasa buat yg terbaik dan niat untuk menjadi pelajar2 dibawah didikku menjadi orang yang berguna.

Again... Selamat Hari Guru 2015


Monday, May 18, 2015

Resepi Nasi Arab Mandy mengguna Noxxa Pressure Cooker

Last Saturday terasa nak makan nasi Arab. Selalu hari Sabtu akan susun kedai atau masak special kat rumah. Kalu hr kerja nak masak beria rugi coz kdg2 x sempat nak feel makan.

Guna beras dan rempah dibeli dari Zaila. Buat stok bulan posa gak. So kalu ikut resepi blkg kotak ayam perlu dibakar selama 1 jam but kali nih saya guna Noxxa Pressure Cooker tuk bakar ayam tuh. 

Utk membakar ayam
Perap ayam dengan bahan dan rempah yg dinyatakan diblkg kotak.
Masukkan dalam Noxxa Pressure Cooker dan setkan HP selamat 10 minit. Then selepas tuh releasekan tekanan. Tukar mode stir fry dlm 2 minit. Keluarkan ayam n ketepikan. Kemudian masak nasi pulak.

Utk nasi
Pilih mode Stir Fry dan tumiskan bahan dan rempah spt arahan. masukkan beras dan nasi. Kemudian setkan HP selama 7 minit. Selepas itu biarkan selamat 3 minit dan tukarkan tombol HP ke STEAM.  Apabila semua tekanan dah release, buka cover kacau nasi n letak ayam tadi.


Tara... siap...x sampai 30 minit nasi arab Mandy siap utk dimakan bersama yg tersayang.




Monday, May 11, 2015

Resepi Sambal Steamboat ala Johnny's yang paling sedap.

Happy Mother's Day girls!

Semlm Mother's Day x pergi mana pun. Alkisahnya coz hari Ahad malas nak keluar coz byk benda nak kena settle kat rumah plus mr hubby pun demam.


Since mr hubby demam why not buat steamboat so bila mkn nanti pakainkeluar peluh mkn panas2 with sambal steamboat.


Since ramai yg tanya resepi Sambal Steamboat ala Johnnny's nih why not let me share with all of you. 


Sambal Steamboat ala Johnny's:

8tangkai lada merah
3 tangkai cili padi
4 ulas bawang putih 
5 sb minyak bijan 
5 sb apple cider * nak pakai cuka biasa pun boleh  
5 sb sos ikan 
2sb sos tiram 
2 sb kicap  
1/2 cawan air 
1/2 sb sunquick *   
Bijan * disangai  
1 sb tepung jagung * dibancuh dgn sedikit air suam untuk pekatkan sos
Daun ketumbar * racik halus 
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:

Kisar lada bersama bawang putih.Masak atas dapur bersama air, minyak bijan,sos ikan,apple cider @ cuka, kicap,sos tiram.. Masak sampai pekat then baru masuk sunquick dan bancuhan tepung jagung ( kalau perlu je ) . Perasakan dengan garam n gula masukkan sikit bijan yg dah disangai dengan daun ketumbar.

selamat mencuba! mmg terangkat i tell u!



Tropical Herbs Baby Oil elak bayi kembong

So in LOVE with this Baby Oil frm Tropical Herbs Amway. Alhamdulillah Baby boo boo #nurisrynisyqina  x pernah kembong. Boleh disapu pada perut. And for me kalu rasa nak selsema trus sapu kat hidung trus tadaaaa hilang. #sayajualtropicalherbs #tropicalherbs #tipsforbaby



Untuk membeli, boleh whatsapp saya di 0193229737 atau email di : mornizawati@gmail.com

2013 Copyright © iswatie.blogspot.com. Designed by Rekaneka.com.